Wednesday, July 10, 2013

SYUHADA BERGUGURAN


KERAJAAN ‘ HARAM ‘ TENTERA MESIR MULA BERGOLAK

Tekanan demi tekanan yang diterima kerajaan 'haram' tentera Mesir sama ada dari rakyat negara itu dan negara luar membuatkan mereka kini dalam keadaan kucar-kacir.

Sumber dalaman tentera memaklumkan bahawa kemungkinan besar, kuasa kerajaan sementara ini akan berakhir tidak lama lagi jika rakyat di negara itu terus bertahan membuat bantahan dan negara luar pula membuat tekanan diplomatik.

Brigadier general Al-Jauhari yang bertugas menjaga rumah Presiden sewaktu Morsi belum ditahan berkata, ketika ini berlaku perpecahan dalaman yang teruk di dalam tentera.

Menurutnya, barisan kedua dan ketiga tentera langsung tidak bersetuju dengan tindakan jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang bertindak merampas kuasa dari pemerintahan presiden Muhammad Morsi.

Beberapa pegawai kanan tentera juga telah secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Morsi.

Maklumat ini disampaikan Ketua Partai Buruh, Majdi Ahmad Husain semalam ketika berpidato dihadapan jutaan penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di mana Morsi dipercayai ditahan.

Beliau berkata, Al-Jauhari turut meminta kepada para penyokong Morsi untuk bertahan sekurang-kurangnya 48 jam lagi.

"Insya Allah, Presiden Morsi akan dibebaskan dan akan kembali memimpin negara karena saat ini tekanan politik luar negeri semakin kuat ditambah lagi dengan kekuatan penyokong Morsi yang keluar berhimpun di seluruh Mesir," kata Majdi.

Beliau juga berkeyakinan bahawa Ai-Sisi kini tidak senang duduk dan selepas ini pasti jeneral tentera itu akan memenuhi tuntutan rakyat agar Morsi dikembalikan sebagai presiden.

Dalam kejadian pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi.

Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera.

Bagaimanapun mereka kemudiannya dilaporkan ditangkap dan dibunuh kerana ingkar kepada arahan pegawai atasan tersebut.

Antara tentera yang dilaporkan dibunuh oleh pegawai tinggi mereka termasuk Subhi Mohammed Ibrahim El-Bahrawi yang baru berusia 22 tahun.

Sementara itu, beberapa negara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan kudeta Mesir.

Terbaru, Belgium mengumumkan memanggil balik duta besarnya di Kaherah.

Sebelum ini Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya sejurus rampasan kuasa berkata, Turki hanya berurusan dengan presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat.

Dalam perkembangan sama, Al-Sisi juga turut menerima tekanan apabila Parti Nur dilaporkan telah menarik diri dari meneruskan kerjasama dengan kerajaan 'haram' yang dilantik pihaknya.

Penarikan dari berkekrjasama itu dinyatakan juruckap rasmi parti itu Nadir Bakkar melalui Twitter semalam.

Parti Nur sebelum ini juga menolak perlantikan Ziyad Bahauddin sebagai Perdana Menteri dan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Naib Presiden seperti diumumkan Presiden sementara Adli Mansour..hrkh


10.7.2013 

FJP TOLAK BERDIALOG DENGAN ADLI MANSOUR

Sejak berlaku rampasan kuasa, saya tidak mengikuti sangat apa yang kerajaan "haram" baru Mesir buat. Walaupun Presiden sementara pilihan tentera, Adli Mansour telah mengangkat sumpah tetapi kerajaan baru beliau dilihat mulai goyah.

Cukup sebagai bukti, Kesatuan Negara-Negara Afrika telahpun menggantung keanggotaan Mesir sehingga kerajaan kembali ke tangan pilihan rakyat.

Hari ini, Adli pula menawarkan kepada semua parti-parti politik untuk menyertai dialog, tawaran yang ditolak oleh Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sayap politik Ikhwan Muslimin.

Kenyataan ringkas itu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung FJP, Husein Ibrahim kerana tidak mengiktiraf rampasan kuasa yang berlaku. Tambahan idea "dialog" ini telahpun dicetuskan oleh Presiden Mesir yang sah Dr.Mursi sejak setahun lalu. Malangnya, kumpulan pembangkang menolak bahkan lebih memilih jalanraya.

MESIR; DITEMBAK DIKEPALA,PELURU MELETUP DALAM BADAN

Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi.

Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.

Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah..hrkh
Like · · · Monday at 6:18pm · 

No comments:

Post a Comment