| Papantanda .. tingkat atas .. |
Plak perasmian .. maaf gambar malam beb .. amatur lagi ..
‘Temerloh di hati
kome ‘
Pada 3.7.2013 bersamaan hari
Rabu sempurnalah sudah majlis perasmian
Pusat Komiuniti Parlimen Temerloh P088 .
Pusat Komuniti tersebut terletak di No
28 Tingkat 1 Taman Perniaaan Chengal KM2
Jalan Mentakab Temerloh . Pahang oleh
Pesurohjaya PAS Pahang Dato’ Ustaz Tuan Ibrhim Tuan Man mewakili Dato’ Presiden
. Pusat ini adalah ‘jambatan’ Ahli
Parlimen Temerloh yang baru untuk bertemu rakyat tanpa mengira parti , bangsa dan agama . Berucap di majlis
tersebut Ahli Parlimen Ust Nasrudin Hasan Tantawi mengatakan semua di jemput hadir berurusan pada
waktu pejabat di mana seorang petugas akan bertugas sepenuh masa mengikut waktu
pejabat .
poster ..
| petugas sedang memasang backdrop .. simple je yek ..! |
Ahli Parlimen sedang berucap menceritakan pengalaman di parlimen
dan menjemput semua untuk berurusan dengan Pusat Komuniti ..
berkenalan dan memberi pandangan dan aduan ..
dan menjemput semua untuk berurusan dengan Pusat Komuniti ..
berkenalan dan memberi pandangan dan aduan ..
Sementara itu beliau menyatakan
pada hari Selasa dan Jumaat sesiapa sahaja
anggota masyarakat
boleh bertemu beliau di sebelah petang kerana waktu itu di
khususkan beliau di pejabat manakala di sebelah pagi dan malam beliau akan
keluar untuk bertemu rakyat di masjid dan surau dan dimana sahaja memenuhi
jemputan kuliah , kenduri dan majlis
yang di adakan oleh masyarakat . Di hujung minggu Sabtu dan Ahad beliau memberikan masa untuk parti dan aktiviti luar kawasan sebagai pimpinan PAS
Pusat ( Ketua Pemuda PAS Pusat ) . Bagaimanapun beliau akan bersama rakyat sekiranya tiada
program yang perlu di hadiri di hujung minggu . Manakala di hari yang lain
beliau akan menemui keluarga di Kuantan . Namun jika terdapat kecemasan dan
sebagainya yang memerlukan beiau akan cuba seupayanya hadir dan menangani isu
yang timbul ..
Ust Suhaimi Saad Ketua Penerangan PAS Pahang
sedang memberikan ceramah
sedang memberikan ceramah
bagi menyerikan lagi majlis pada malam tersebut ..
TYDP PAS Kawasan Temerloh malayani tetamu yang hadir
oara jemputan di kerusi khas di pentas sedia untuk berucap ..
mewakili YB DUN Semantan dan Mentakab
wakil YB Tengku Zulpuri Shah DUN Mentakab dari DAP
Wartawan dari Sinar Harian sedang mewawancara YB Ust Nasrudin .
YDP PAS Temerloh Hj Jusoh Darus ..
Dato' Ust Tuan Ibrahim PJ PAS Pahang mewakili Presiden
menuju ke plak seterusnya berucap untuk merasmikan
Pusat Komuniti Parlimen Temerloh .. Temerloh di Hati Kome ..
Dato' Ust Tuan sedang berucap ..
adakah itu bas membawa tetamu yang hadir pada majlis tersebut ..?
kelihatan kenderaan yang di letakkan di pinggir jalan .
dua wartawan menulis laporan masing masing ..
TV Makmur juga membuat siaran langsung untuk di kongsi
oleh mereka yang tidak sempat hadir .
sebahagian dari hadirin ..
Sebaik sahaja menang di Parlimen
Temerloh beliau telah membentuk jawatankuasa ‘ Sekretariat Parlimen Temerloh
untuk mengurus dan membantu beliau manangani masalah dan isu berbangkit di kawasan yang di wakili malah mewakili beliau pada bila masa di perlukan . Pusat Komuniti
ini juga akan menjadi pejabat urusan utama Sekretariat untuk menerima aduan
rakyat , berbincang dan mencari penyelesaian perkara yang di bangkitkan .
Menceritakan pengalaman pertama di Parlimen beiau berharap
dapat berperanan membawa isu isu rakyat
membela dan mencadangkan sesuatau untuk kebaikan rakyat mengikut ruang yang sedia ada di samping mengakui batasan atau
halangan yang bakal di hadapi kerana PR masih belum memerintah . Banyak perkara
dari manifesto dan janji semasa PRU yang memerlukan kuasa kerajaan yang untuk
di laksanakan .
Akhirnya beliau menjemput
siapa sahaja tanapa mengira parti ,bangsa , agama dan warna kulit untuk
hadir mengenali dan mencari
kebaikan bersama ..
”Sebab itu kita tidak letakkan
lambang parti di papan tanda pusat komuniti ini .. dan di persilakan semua datang untuk
kebaikan tetapi sekiranya untuk menimbulkan ketagangan dan sengaja membuat
desakan dengan tujuan ‘menyusahkan ‘ dan
membalas dendam .. jangan buat begitu ‘ kata beliau .
Unit Media dan
Publisiti P088 .

No comments:
Post a Comment