Monday, May 20, 2013

SALAM PERKENALAN ...

21.5.2013 @ SELASA ..

Bagi memulakan pertemuan ..As'salamu'alaikum , Salam Sejahtera , Salam perkenalan  kepada semua  di luar sana . Tidak mngira anda penyokong BN / PR asalkan sudi membaca blog ini saya ucapkan  salam perkenalan dan selamat membaca . Blog ini cuba membawa kepada anda aktiviti dan peristiwa dan  isu semasa di Parlimen Temerloh khasnya dan negara amnya pasca PRU 13 . P088 di menangi oleh PR @ Al Ust Nasrudin Hasan Tantawi . Blog ini bukanlah blog rasmi P088 tetapi akan membuat sebanyak mungkin liputan berkaitan kegiatan dan gerakkerja Ahli Parlimen menyantuni rakyat di Temerloh khasnya . Admin akan membuka ruang kepada AJK dan sekretariat Parlimen Temerloh  untuk menghantar berita dan laporan kegiatan Ahli Parlimen Temerloh yang baru sebagai rekod dan rujukan di masa akan datang . Ahli Parlimen dan sahabat sahabat yang di kasihi amat di alu alukan membantu melengkap dan memeriahkan blog ini dengan membuat  pelaporan  melalui e mel , sms dan 'entry' terus ke blog ini  yang alamatnya akan di berikan apabila siap nanti .

Berikut  adalah beberapa gambar aktiviti YB Ust Nasrudin Hasan Ahli Parlimen  Temerloh untuk tatapan awal anda . Maaf sekirnya gambar gambar yang kurang menarik dan tidak professional .. memang tak pro pun .   Salam perkenalan dan teruskan sokongan anda ...

 kehangatan bermula dengan jelajah treller Negara Berkebajikan ke Temerloh
 
 sebahagian dari hadirin mendengar ucapan dari beberapa pimpinan yang hadir
Ust Yus , Dato' Tuan ., YDP Temerloh dll
 sebahagian pimpinan PAS Pahang / Temerloh bergambar ramai di atas treller 



 ucapan sulong n ringkas  YB Ust Nasrudin di malam pengistiharan calun di hadapan 
Bilik Operasi Induk  P088  di Taman Bukit Semantan ..
 memimpin solah hajat  pagi , sebelum perarakan bermula ke tempat penamaan calun 
di Pejabat Daerah n Tanah Temerloh .


 antara hadirin yang turut / sempat solah hajat bersama ustaz ..
 selepas penamaan calun ... 
bergambar bersama keluargadan rakan rakan pemuda  
yang hadir memberikan sokongan ..



 suasana hari mengundi di salah seb uah 'pondok panas' PR .. 
petugas IT sedang melayani pemilih yang mebuat semakan .. 

 muslimat 'perayu undi ' sempat berehat di pondok panas di hari mengundi .. 5.5.13
 replika 'cincin' yang mudah di fahami oleh pengundi ... 
antara yang menarik di PRU 13 ..
YB  Ust Nasrudin bersama  pengundi muda di UPU Lebak .. 
ngeteh bersama calun  dua hari sebelum hari mengundi ..
 hadirin ..ngeteh bersama calun .. kelihatan bendera BN yang kawasan nya telah 'di tawan ' 



 bawah .. kerja kerja untuk kenduri kesyukoran di UPU Lebak

kerja persiapan kenduri .. membasuh daging ..

 YB Ust Nasrudin besama beberapa orang rakan dan AJK PAS Temerloh sempat hadir dan menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil pemuda .. / petugas yang  memberikan khidmat cemerlang  semasa kempen ...



 




Sekian  samapai bertemu lagi .. terima kasih .. 
21.5.13 .



No comments:

Post a Comment