Majlis Pelancaran Satu Keluarga Satu Hafiz di Dataran Sri Kerinau Paya Pulai P.088 Temerloh malam ini bersama Al Fadhil Ustaz Shukri Mudir Maahad Tahfiz Al Furqan.
Dari Dataran Merdeka.
TURUN.
TURUN.
Simi Latif shared Suara Rakyat FM's photo.
ambang tahun baru .. dgn uai di p pinang tuuu ... kat kl cmner ?
Nasrudin Hassan · 199,088 like this
Risalah Dakwah 004
2014 Turning Point untuk Berubah.
1. Kini fajar 2014 telah menjelma. Ramai orang saling mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru. Count Down detik 12 tengah malam 2013
telah berlaku. Tahun baru 2014 disambut dengan gembira dan azam serta
semangat baru.
2. Terpulanglah pada setiap individu bagaimana
mereka mencongak tahun 2014 untuk melangsungkan baki sisa hidup ini.
Namun memulakan denyut nadi, hembus nafas dan langkah kaki di tahun baru
ini, suka saya menyeru semua agar menghayati peringatan Rasulullah saw.
أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْإسلام حَيْثُ
دَارَ أَلا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ فَلا
تُفَارِقُوا الْكِتَابَ أَلا إنه سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ
لأَنْفُسِهِمْ ما لا يَقْضُونَ لَكُمْ إن عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ
وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ
نَصْنَعُ قال كما صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى بن مَرْيَمَ نُشِرُوا
بِالْمَنَاشِيرَ وَحُمِلُوا على الْخَشَبِ مَوْتٌ في طَاعَةِ اللَّهِ
خَيْرٌ من حَيَاةٍ في مَعْصِيَةِ اللَّهِ
Ketahuilah ,
sesungguhnya Islam bergerak dalam satu pusingan , maka berpusinglah
bersama Islam sekira – kira ia berpusing . Ketahuilah sesungguhnya al
kitab dan pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan al kitab ,
ketahuilah sesungguhnya akan berlaku ke atas kamu ( zaman kamu ) ,
pemimpin yang memutuskan ( sesuatu ketetapan ) untuk kepentingan diri
mereka bukan untuk kamu . Jika kamu mengingkari mereka , mereka membunuh
kamu dan jika kamu mentaati mereka , mereka menyesatkan kamu . Lalu
mereka berkata
Ya Rasulallah , apakah ( sewajarnya ) kami lakukan ?
Rasul saw menjawab : ( jadilah ) sebagaimana pengikut Nabi Isa ibnu
Maryam as. , mereka dikelar dengan pengelar besi dan mereka disalib di
atas palang kayu . Mati dalam mentaati Allah adalah lebih baik daripada
hidup mendurhakai Allah swt.
Rujuk Majma’ az Zawaai’d. Juzuk 5 /muka surat 238
Oleh : Ali bin Abi Bakar al Haithami ( w. 807 )
Cetakan Darul Rayyan Lit Turath , Qaherah
3. Hidup ini akan sejahtera, harmoni, tenang, selamat dan bahagia
apabila kita kekal bersama petunjuk Allah swt. Tidak ada maknanya kita
hidup di dunia ini dalam keadaan derhaka kepada Allah swt. kerana kelak
kita akan berdepan dengan azab Allah swt. Kalau pun kita nak berpolitik,
jangan sampai politik kita membawa kita langgar hukum Allah. Jangan
kerana ekonomi kita lacurkan agama dan membenarkan perkara haram
menerjah masuk ke setiap rongga maai'dah kita. Jangan memburu pengaruh
dan kuasa sehingga kita tergamak melakukan penindasan. Sebaliknya
jadikan politik, ekonomi dan pengaruh sebagai jejantas untuk lebih dekat
dengan Allah swt.
4. Taatilah Allah dan RasulNya saw meskipun
kita keseorangan dan lemah, apalagi kalau kita ramai dan kuat. Letakkan
diri dalam keadaan siap sedia untuk pertaruhkan apa sahaja termasuk
darah dan nyawa demi agama Allah swt. Jangan sekali - kali kita enak
mengurus kehidupan kita, sedang agama Allah swt dipersenda dan
diperlekeh secara terbuka. Bukankah kita hanya menumpang di bumi bertuah
ini ? Ya ... , Bila - bila masa kita akan diundang mengadap Allah swt.
Tidak selamanya kita menghuni dunia ini. Justeru itu janganlah walau
sedetik cuma , kita abai dan sia - siakan waktu melainkan kita
mendekatkan diri kepada Allah swt. dan usaha sehabis tenaga bagi
mentaati semua titah perintah Allah swt.
5. "Mati dalam
keadaan taat kepada Allah swt adalah jauh lebih baik dari hidup
menderhakai Allah swt." adalah ungkapan yang perlu dihayati dan
sayugianya menjadi motto hidup kita. Sentiasalah berpaut sandar pada Al
Quranul Karim wahyu Allah swt Tuhan yang mencipta langit dan bumi ini.
Al Quran adalah cahaya yang memandu kita keluar dari kegelapan jahiliyah
moden ini sekaligus melayakkan kita sampai ke pintu syurga Allah swt.
Semoga tahun 2014 menjadi turning point untuk kita lakukan perubahan
besar dalam diri kita seiring dengan semangat dan azam baru, guna
meletakkan diri kita sebagai hambaNya yang soleh amalan dan
keperibadiannya. Juga sebagai turning point untuk kita mendidik dan
menggerakkan masyarakat lakukan perubahan ke arah mendaulatkan syariat
Allah swt di atas tanahair tercinta ini.
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi
Lajnah Dakwah PAS Pusat.
2014 Turning Point untuk Berubah.
1. Kini fajar 2014 telah menjelma. Ramai orang saling mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Count Down detik 12 tengah malam 2013 telah berlaku. Tahun baru 2014 disambut dengan gembira dan azam serta semangat baru.
2. Terpulanglah pada setiap individu bagaimana mereka mencongak tahun 2014 untuk melangsungkan baki sisa hidup ini. Namun memulakan denyut nadi, hembus nafas dan langkah kaki di tahun baru ini, suka saya menyeru semua agar menghayati peringatan Rasulullah saw.
أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْإسلام حَيْثُ دَارَ أَلا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ فَلا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ أَلا إنه سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لأَنْفُسِهِمْ ما لا يَقْضُونَ لَكُمْ إن عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ نَصْنَعُ قال كما صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى بن مَرْيَمَ نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ وَحُمِلُوا على الْخَشَبِ مَوْتٌ في طَاعَةِ اللَّهِ خَيْرٌ من حَيَاةٍ في مَعْصِيَةِ اللَّهِ
Ketahuilah , sesungguhnya Islam bergerak dalam satu pusingan , maka berpusinglah bersama Islam sekira – kira ia berpusing . Ketahuilah sesungguhnya al kitab dan pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan al kitab , ketahuilah sesungguhnya akan berlaku ke atas kamu ( zaman kamu ) , pemimpin yang memutuskan ( sesuatu ketetapan ) untuk kepentingan diri mereka bukan untuk kamu . Jika kamu mengingkari mereka , mereka membunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka , mereka menyesatkan kamu . Lalu mereka berkata
Ya Rasulallah , apakah ( sewajarnya ) kami lakukan ? Rasul saw menjawab : ( jadilah ) sebagaimana pengikut Nabi Isa ibnu Maryam as. , mereka dikelar dengan pengelar besi dan mereka disalib di atas palang kayu . Mati dalam mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup mendurhakai Allah swt.
Rujuk Majma’ az Zawaai’d. Juzuk 5 /muka surat 238
Oleh : Ali bin Abi Bakar al Haithami ( w. 807 )
Cetakan Darul Rayyan Lit Turath , Qaherah
3. Hidup ini akan sejahtera, harmoni, tenang, selamat dan bahagia apabila kita kekal bersama petunjuk Allah swt. Tidak ada maknanya kita hidup di dunia ini dalam keadaan derhaka kepada Allah swt. kerana kelak kita akan berdepan dengan azab Allah swt. Kalau pun kita nak berpolitik, jangan sampai politik kita membawa kita langgar hukum Allah. Jangan kerana ekonomi kita lacurkan agama dan membenarkan perkara haram menerjah masuk ke setiap rongga maai'dah kita. Jangan memburu pengaruh dan kuasa sehingga kita tergamak melakukan penindasan. Sebaliknya jadikan politik, ekonomi dan pengaruh sebagai jejantas untuk lebih dekat dengan Allah swt.
4. Taatilah Allah dan RasulNya saw meskipun kita keseorangan dan lemah, apalagi kalau kita ramai dan kuat. Letakkan diri dalam keadaan siap sedia untuk pertaruhkan apa sahaja termasuk darah dan nyawa demi agama Allah swt. Jangan sekali - kali kita enak mengurus kehidupan kita, sedang agama Allah swt dipersenda dan diperlekeh secara terbuka. Bukankah kita hanya menumpang di bumi bertuah ini ? Ya ... , Bila - bila masa kita akan diundang mengadap Allah swt. Tidak selamanya kita menghuni dunia ini. Justeru itu janganlah walau sedetik cuma , kita abai dan sia - siakan waktu melainkan kita mendekatkan diri kepada Allah swt. dan usaha sehabis tenaga bagi mentaati semua titah perintah Allah swt.
5. "Mati dalam keadaan taat kepada Allah swt adalah jauh lebih baik dari hidup menderhakai Allah swt." adalah ungkapan yang perlu dihayati dan sayugianya menjadi motto hidup kita. Sentiasalah berpaut sandar pada Al Quranul Karim wahyu Allah swt Tuhan yang mencipta langit dan bumi ini. Al Quran adalah cahaya yang memandu kita keluar dari kegelapan jahiliyah moden ini sekaligus melayakkan kita sampai ke pintu syurga Allah swt. Semoga tahun 2014 menjadi turning point untuk kita lakukan perubahan besar dalam diri kita seiring dengan semangat dan azam baru, guna meletakkan diri kita sebagai hambaNya yang soleh amalan dan keperibadiannya. Juga sebagai turning point untuk kita mendidik dan menggerakkan masyarakat lakukan perubahan ke arah mendaulatkan syariat Allah swt di atas tanahair tercinta ini.
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi
Lajnah Dakwah PAS Pusat.
![Majlis Pelancaran Satu Keluarga Satu Hafiz di Dataran Sri Kerinau Paya Pulai @[145128925669134:274:P.088 Temerloh] malam ini bersama Al Fadhil Ustaz Shukri Mudir Maahad Tahfiz Al Furqan.](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p370x247/1557687_10151816967952312_1673429052_n.jpg)



No comments:
Post a Comment