Huraian Hadith:
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih
untukku beberapa sahabat dan mertua serta menantu-menantu; dan
(ingatlah) akan datang suatu puak yang mencaci dan membenci mereka, maka
janganlah kamu bersekedudukan dengan mereka, dan janganlah kamu semakan
seminum dengan mereka,dan jangan juga kamu bersemenda dengan mereka.
[“Bertahanlah wahai ayahku, sesungguhnya kami nazarkan dikau kepada tanah air ini, cukup lah Allah bagi kami"]
Usamah, anak kepada Presiden Dr. Muhammad Mursi berucap di hadapan
jutaan penyokong di Dataran Rab’ah, menyatakan bantahan beliau terhadap
rampasan kuasa: “Elakkan pertempuran atas nama Revolusi”, menujukan ucapan kepada ayah beliau Dr Muhammad Mursi dengan berkata:
"Sesungguhnya aku tujukan seruan kepada ayahku , bertahanlah wahai
ayahku, teruskanlah langkahmu dan jangan sesekali tunduk dengan mereka
yang zalim, dan kami sekeluarga nazarkan dikau kepada kepada tanah air
ini,cukup lah Allah bagi kami, dan janganlah terbeban Wahai Ayah
terhadap dasar Revolusi kami”
Beliau juga dalam ucapannya di
atas pentas Dataran Rab’ah menyeru Pakatan Nasional untuk mempertahankan
syar’iyyah, “Aku katakan kepadamu Wahai ayahku, jika kamu dapat
mendegarku sekarang, atau Allah pasti akan menyampaikannya kepadamu"
"Seluruh keluarga Mursi berada di dataran, dan aku datang hari ini ke
Dataran Rab’ah, bukan untuk berucap atas nama individu atau parti, tapi
aku aku berucap atas nama kebenaran, aku mengatakan kepadamu wahai ayah
atas nama keluarga Presiden : Pergilah kamu wahai ayahku untuk berperang
kerana Tuhanmu maka kami akan berperang bersamamu”.
Beliau
menyambung lagi,"Aku berwasiat kepada ayahku dan berkata jika kamu
melihat darahku mengalir, ketahuilah bahawa aku di atas jalan kebenaran,
dan jika kamu melihatku serasi bersama mereka yang batil, maka
ketahuilah bahawa aku bersama kebatilan".
Beliau juga memberi
ucapan kepada rakyat Mesir, "Aku mengatakan kepada kamu Wahai rakyat
Mesir yang mulia, revolusi ini atas nama Mesir, maka bangkitlah dan
sempurnakanlah revolusi ini, maka dengan kehendak Allah dan takdirNya
jua.."
" Kita berada di pihak yang benar bermula hari ini
sehinggalah Allah berkehendak melaksanakan suatu urusan yang harus
dilaksanakan". (nota: iaitu kemenangan kaum muslimin dan kehancuran kaum
musyrikin)
Beliau kemudian meneruskan ucapannya kepada Dr.
Muhammad Mursi presiden Mesir,"Aku titipkan kepadamu salam wahai ayah,
dan aku berikan penghormatan yang mulia kepada seluruh rakyat Mesir,
tetaplah atas jalan kamu, dan dengan nama Allah janganlah takut kepada
celaan orang yang suka mencela, dan semoga Allah membantu kita
memelihara revolusi ini dengan darah-darah kita".
Sumber : IkhwanOnline
No comments:
Post a Comment