Monday, July 1, 2013

DIARI YB ..


 Menghadiri  program gotong royong mambina rumah penduduk  yang memerlukan ...

Ahad @ 30.6.2013

Hari minggu dan masa lapang tetap digunakan oleh Ahli Perlimen Temerloh Ust Nasrudin untuk bertemu rakyat khasnya menunaikan jemputan yang telah di atur oleh pembantu beliau di Sekretariat Parlimen Temerloh . Tanpa mengira penat dan lelah beliau berusaha hadir  bersama rakyat . Meskipun kita tahu beliau  begitu sibuk dengan sidang parlimen yang  sedang berlangsung namun pada hari minggu dan cuti
beliau masih sempat menunaikan permintaan para pengundi khasnya pemuda dan ahli jemaah surau dan masjid .

Pada Ahad yang lepas beliau sempat hadir beberapa program . Kuliah maghrib pada malam nya di Masjid Temerloh Jaya kemudian pagi nya di Kg Gajah Mati ( Jln Batu Hampar ) bertemu rakyat dan bergotong royong  membina rumah seorang penduduk yang memerlukan . Menghadiri kenduri  dan merasmikan satu program parti di Sungai Gau . Beliau sempat juga bersama pemuda di Kg Paya Keladan menyampaikan sumbangan dan beramah mesra dengan mereka . Di sebelah malamnya pula beliau berkuliah seka;li lagi  di surau Al Firdausi  Bukit Kemuning .

Bagitu lah diari ahli Parlimen Temerloh yang menjadikan pejabat @ Pusat Komuniti sebagai rumah beliau bagi merasai sendiri  denyut nadi rakyat Temerloh dan beliau telah menimbaulkan beberapa isu berkaitan kepentingan pelajaran dan kemudahan asas para pengundi di Temerloh melalui ucapan awalnya ketika membahaskan titah Yang Di Pertuan Agung tempoh hari . Walaupun wakil rakyat pembangkang namun beliau mencuba sebaiknya untuk menunaikan janji PRU seupaya mungkin .

Gambar berikut  dapat menceritakan aktiviti harian pada 30.6.2013 .   
 


 turut mencuba dan mambantu 'mengikat' batu simen ..



 bersama pem uda di Kg Paya Keladan .. 
kelihatan juga YDP PAS Temerloh Hj Jusoh Darus ..
 menziarahi  penduduk yang cedera di rumah ..

 muslimat yang menghadiri program Hmpunan Muslimat Pahang .
  program yang di rasmikan penutupan nya oleh YB Ahli Parlimen


Di sebelah malam @ maghrib sempat pula menberikan kuliah maghrib 
berkongsi ilmu bagi santapan rohani penduduk 
 yang juga menjadi sebahagian dari khidmat beliau kepada rakyat .

Sekian bertemu lagi pada 3.7.2013 majlis perasmian Pusat komuniti Parlmen Temerloh oleh 
Tuan guru Presiden .

1.7.2013 .


No comments:

Post a Comment