Tulisan Graduan Syariah Al-Azhar Tanta; Ustaz Suhail Sufian;
Tamarud, pemandu Teksi dan perubahan
Suatu petang saya pulang ke rumah menaiki Teksi, dan seperti biasa ruang masa yang ada digunakan untuk update dan bersembang perihal Mesir, dan tajuk pilihan pastinya 30 haribulan ini, Ulang tahun setahun Mursi memerintah.
“Apa khabar Aamil Hag(Haji)?” sapa saya ringkas. Beliau menjawab dengan biasa “Alhamdulillah, semua ok, dan Insya’allah Mursi akan jatuh!”
Saya tergamam, niat saya mungkin telah dibaca lebih awal oleh beliau dan dari awal pendirian beliau untuk tidak menyokong Mursi telah jelas.
Kemudian saya bertanya mengapa dia ingin jatuhkan Mursi? Beliau menjawab selamba “Sebab setahun tiada yang timbul melainkan kerosakan! Mursi ni tak pandai urus negara, dia buat negara ni jadi negara Ikhwan dan yang memerintah sebenarnya Murshid Ikhwan dia boneka, kami tak nak boneka!”
Kemudian saya bertanya, siapa yang akan mengganti? Beliau menjawab “Ahmad Syafiq akan ganti! Zaman dahulu masa Ahmad Syafiq memerintah tiada masalah pun, sekarang macam – macam masalah!”
Kemudian, saya cuba rasionalkan dan bertanya “Adakah Mursi yang menyebabkan semua ini atau siapa? Bukankah orang lain yang buat masalah, dan timbulkan huru – hara dekat Mesir? Kenapa Mursi pula kena? Mursi hanya nak baiki Mesir sahaja kan?”
Kemudian beliau terdiam sebentar, dan menyambung “Tapi Mursi sebab kepada semua ini!! Mereka buat sebegitu sebab Mursi menang! Kalau Mursi kalah, dan Syafiq memerintah mereka takkan buat begini dekat Mesir!! Tetap Mursi salah!”
Saya terdiam sementara, terfikir adakah Pakcik ini mampu untuk dirasionalkan atau bagaimana?
Maka saya menyusun ayat untuk soalan terakhir berharap ia mampu memberi sedikit cahaya, saya sambung “Tapi………saya pelik.”
“Kenapa?” balas beliau ingin tahu.
Pantas saya jawab “Kenapa semua nak marah Mursi tapi tak marah dekat perosak? Kenapa tak kumpul dekat Tahrir untuk buang fulul dan baltagi (perosak negara dan sameseng) sebab semua tahu, sebab saki – baki pengkhianat negara ini, dan perosak masyarakat inilah menyusahkan Mursi dan rakyat – rakyat, kenapa tak lawan mereka, kalau lawan Mursi tak kurangkan masalah pun, tapi kalau lawan fulul dan samseng sedikit sebanyak membantu, bukan?”
Dia terdiam lama.
Diakhir perjalanan, sebelum saya turun saya tanya pemandu teksi itu soalan biasa sebagai penutup bicara “Ahad ni kerja tak?” (hari Ahad adalah hari perkumpulan besar – besaran diTahrir menentang Mursi).
Beliau menjawab “Tidak, aku akan ke Tahrir, menentang Pemerintahan Murshid (jatuhkan Mursi)!”
Saya hanya mampu tersenyum dan meninggalkan pemandu teksi tersebut yang memandu teksi tanpa memakai selipar atau kasut……. berkaki ayam.
Kesimpulan, saya lihat Mesir bukan sahaja memerlukan pemerintah yang hebat dan baik, namun lebih dari itu masyarakatnya perlukan perubahan yang mendalam dan meliputi semua lapisan. Mungkin hari ini (30 hari bulan, kemuncak demonstrasi) penyokong Mursi mampu menang, ataupun sebaliknya, namun kalaulah rakyat tidak berubah, lambat laun masalah demi masalah akan timbul dan meleret.
Pertembungan yang berlaku pada hari ini jelas bukan bermula hari ini, ianya bermula dengan kehendak individu yang membentuk kehendak kelompok dalam masyarakat, dan telahpun bermula ratusan malah ribuan tahun yang lepas.
Kembali kepada kehendak asas yang diuji pada setiap manusia, adakah aku ingin hidup untuk Allah atau sebaliknya hidup untuk diri sendiri?
Kalaupun susah, perlu mudah dan rasional sahaja dengan kehendak tidak inginkan kerosakan dan kefasadan dimuka bumi, kalau ini pun susah, bagaimana jika mereka memerintah?.
*angka kecederaan mencecah ribuan, dengan pembakaran berterusan dipejabat Kerajaan dan Markaz – markaz Ikhwan
1.7.13
10 RANCANGAN JAHAT TAMARRDU (GENG PEMBERONTAK):-
1. 10 perkumpulan di bandar2 utama spt ramsis, abasiyah, misr jadidah, tahrir berarak menuju Istana Ittihadiyah (kediaman presiden Mursi)
2. 200ribu peserta dijangka berkumpul di Istana Ittihadiyah seawal jam 8 pagi dan merancang untuk merempuh, mengepung Istana kira2 jam 8 malam lantas mengusir dan menghalau Presiden Mursi dengan membunuh atau menangkap dengan menggunakan apa jua jenis senjata
3. Jam 10 malam dijangka mengumumkan pembentukan Majlis Presiden (penggubal perlembagaan) terdiri daripada peneraju 'Barisan Penyelamat' (amru musa, hamdein sobahi, el baradei)
4. Membentuk kerajaan campuran terdiri drpd Abdul Mun'im Abul Futuh dilantik sebagai PM dengan dibantu tiga timbalan, Josh Ishaq (koptik kristian) nadir bakkar(parti Nur) & al Maghadzi (parti wafd&kumpulan liberal). pemerintahan terdiri daripada 35 kementerian diagihkan kepada majlis pres, parti nour dan koptik kristian.
5. Pengisytiharan darurat
6. Pembatalan undang2 Darurat kini dan kembali menguatkuasakan akta darurat 1971 (undg2 era Mubarak dan sebelumnya, anwar sadat)
7. Mengeluarkan perintah presiden untuk membatalkan Majlis Syura semasa dan penangkapan semua ahli parlimen , serta penangkapan bagi smua yg tlibat dgn penangkapan 1981
8. Menutup rangkaian media ekstremisme (pro mursi) spt aljazeera dan Misr25
9. Membatalkan lesen majalah & surat khabar spt akhbar Sya'b(rakyat), hurriyah wal 'adalah(lidah rasmi Free Justice Party-FJP), Al misriyyun
10. Menangkap Mursi, ahli Maktab Irshad Ikhwan Muslimin dan yang bertanggungjawab pada perhimpunan Pro Mursi di dataran Raba'ah.
RISALAH JAHAT UNTUK MENGGULINGKAN PRESIDEN MURSI TERSEBAR DIKALANGAN RAKYAT...MOHON SELURUH RAKYAT MALAYSIA SOLAT HAJAT DAN BERDOA UNTUK KESELAMATAN PRESIDEN MURSI YANG DILANTIK SECARA SAH DAN UMAT ISLAM DI MESIR
Sekularisma mula bertapak di Mesir ratusan tahun lamanya dan lebih awal daripada Malaysia. Pada 1883, Khadiwi Ismail yang memerintah Mesir memasukkan undang-undang Perancis ke dalam undang-undang Mesir dengan alasan untuk kemajuan seperti dunia Eropah, namun realitinya Mesir masih mundur dan maksiat terus bermaharajalela.
Hakim Mahkamah Syariah Mesir pernah dipegang oleh Syeikh Ali Abd Razik yang menulis kitab Al-Islam Wa Usul al-Hukm. Dalam kitab ini dimasukkan fahaman sekular dan diputar-belit hukumnya termnasuk sejarah Baginda SAW. Buku ini telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa dan disebar ke negara Eropah dan dibaca oleh generasi muda. Disebabkan buku ini mengancam akidah umat, Majlis Ulama di Universiti Al-Azhar mengadakan perbincangan yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Abu al-Fadal Bizawi yang menjadi Syeikh Azhar ketika itu.
Apabila Syeikh Ali masuk ke-dalam majlis dan memberi salam, tiada seorang pun ulama azhar yang menjawab salamnya. Majlis Ulama memecatnya daripada jawatan di bawah al-Azhar, namun kerajaan Mesir membelanya dan meletakkannya di posisi kerajaan untuk mengelirukan akidah ummah.
Sekular terus bermahajarajela, antara bukti kemuncak fahamannya adalah perhimpunan golongan Tamarud hari ini. Himpunan ini terang lagi bersuluh ianya pertembungan Sekular Vs Islam. Golongan Tamarrud (pemberontak) bukan bencikan Mursi, bukan kerana politik Mursi, tetapi fahaman sekular mereka sudah melampaui segalanya. Mereka bencikan Islam, bencikan gerakan Islam, kerana itu sebut sahaja Ikhwan Muslimin, maka mereka mula mencacinya. Golongan berjanggut dan berjubah dipandang sinis oleh mereka. Terlihat sahaja wanita yang mengenakan Niqab, akan dituduh Ikhwan serta merta.
Pesanan saya buat generasi muda. Belajarlah Islam mendahului segala ideologi ciptaan manusia. Usah ghairah mengkaji fahaman sekular sedangkan kitab-kitab akidah berapa helaian sahaja yang kita baca. Pesan orang tua "kalau tidak pandai berenang jangan bermain di air yang dalam".
Fahaman sekular ini juga yang menyebabkan segelintir ilmuan di Malaysia tidak berani bercakap kebenaran hukum hakam, bahkan mulutnya terutup kerana ingin melindungi kejahatan kerajaan. Walau ilmu bertaraf Phd.,tapi mulutnya berpagar besi. Takkan melantun kalimat kebenaran jikalau bertentang dengan kerajaan.
Sekularisma di Malaysia semakin barah menyimbah akal anak muda, golongana ulama sudah dituduh kepada lutut dan sebagainya, sekular di Malaysia bukan sekadar fahaman bahkan ada parti dan jamaahnya. Sekiranya ia dibiar berleluasa, maka nantilah kemusnahan tamadun bangsa kita.
Moga Islam terus dihayati selamanya, moga kita terselamat dari menganut ideologi manusia. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya
Antara petikan Muqaddimah (permulaan) Ucapan Al-Imam Yusof Al-Qaradhawi Hafizahullah pada malam ini :
"....sangat mendukacitakan,apabila aku mendapati anak-anak Mesir telah berpecah belah sesama mereka,atas sebab itu,aku tidak menerima pelawaan sebahagian kumpulan dari mereka dengan meninggalkan kumpulan yang lain pula.
Aku tidak ingin bagi diriku untuk menjadi dari salah satu pihak dari pihak-pihak yang sedang berpecah,yang aku mahukan hanyalah untuk aku menjadi sebahagian dari anak Mesir seluruhnya.
Aku ingin menyampaikan ucapanku kepada kamu semua wahai seluruh anak-anak Mesir"
Muqaddimah ucapan yang sangat-sangat jelas keinginan untuk mendamaikan dan menyatukan.
Semoga Allah memelihara Mesir dan seluruh warganya,dan membimbing mereka ke arah kebaikan dan kesatuan
Info Semasa Isu Keselamatan Mesir
1 JULAI 2013 | 01.21 pagi | Isnin
Setakat ini laporan terkini daripada kami. Secara kesimpulannya, bilangan yang keluar berhimpun pada hari ini diluar jangkaan semua pihak. Walaupun tinjauan yang dibuat menyatakan lebih daripada 6 juta orang. Namun, jumlah tersebut mungkin lebih besar daripada jangkaan kerana ia melibatkan himpunan diseluruh Mesir.
Hari ini genap setahun Dr.Muhammad Mursi dilantik sebagai Presiden Mesir pertama yang dipilih oleh rakyat. Tahniah dan marilah sama-sama kita mendoakan agar Mesir terus dipelihara oleh Allah SWT daripada sebarang kekacauan dan kembali aman seperti biasa.
Sehingga kini pelajar Malaysia di Mesir dilaporkan masih lagi dalam keadaan selamat dan tenang serta semua urusan berjalan seperti biasa.
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan
No comments:
Post a Comment