Friday, June 28, 2013

DIARY PARLIMEN ..hari 3

03 ~ Diary P.088 di Parlimen

27 Jun 201303 ~ Diary P.088 di Parlimen

27 Jun 2013

Hari terakhir bagi minggu pertama sidang Parlimen ke 13 ini sangat bersejarah bagi diriku. Kebetulan pula Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS tidak hadir sidang hari ini kerana faktor kesihatan, maka saya telah diminta oleh ketua Whip Yb Datuk Mahfuz Omar untuk mengambil giliran Yb Datuk Seri Presiden bagi membahas Titah Di Raja.

Setelah tiba giliran sekitar jam 3.30 petang, Timbalan Yang Di Pertua memberi laluan kepada saya untuk menyempurnakan tugas bahas Titah Di Raja dalam masa yang diperuntukan selama 30 minit.

Saya akui, peluang ini membuatkan saya sangat teruja untuk mengemukakan pandangan dan membawa suara rakyat Temerloh ke dewan yang mulia ini.

Saya memulakan perbahasan dengan dengan membawa 3 topik besar iaitu :

a] Keabsahan Pembangkang
b] Temerloh Bandar Ilmu
c] Pendidikan Seimbang

Agak menarik gaya dan style perbahasan di Parlimen, di mana senantiasa ada ahli - ahli Yang Berhormat bangun memohon laluan untuk membalas hujjah secara spontan dan sesekali ada ahli yang berhormat mengambil kesempatan untuk berucap panjang setelah laluan diberi. Justeru peruntukan masa yang sangat terbatas, saya hanya sempat memberi laluan kepada 6 orang ahli yang berhormat, termasuk dari Pakatan Rakyat.

Memang banyak kelemahan pada ucapan atau penyampaian saya dalam segenap segi, betapa saya masih perlu banyak masa, latihan dan persediaan untuk jadi yang terbaik. Abang - abang senior pasti menjadi pembakar semangat untuk terus maju menyahut cabaran. Saya tidak pernah mengimpikannya namun sedar bahawa saya mesti berusaha dan berjuang untuk melunaskannya.

Setakat ini dari pihak barisan Nasional, saya memilih pembahas Yb Tan Sri Annuar Musa dari Ketereh sebagai pembahas yang unik dan mempunyai kelebihan tersendiri sebagai pembahas yang hidup berbanding yang lain.

Dewan ditangguhkan ke hari Isnin depan tepat jam 5.35 pm

No comments:

Post a Comment