Sunday, June 16, 2013

SEHARI SATU HADIS ...

6.7.2013

Elakkan Berkata "Kalau"
Riwayat: Riwayat Muslim

Hadith:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ˜kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan.

Huraian Hadith:
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
3. Ucapan ˜kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.



4.7.2013
Ciri-ciri Orang Munafik
Riwayat: Riwayat Ahmad

Hadith:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .

Huraian Hadith:
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

29.6.2013

Pahalanya tetap ada
Riwayat: (al-Bukhari dan Muslim)

Hadith:
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Seorang lelaki berkata : Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.

Huraian Hadith:
Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.

* Berhutang Menghalang Penyucian Diri dan Keredhaan Allah
Riwayat: Muslim

Hadith:
Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)". Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata, "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?" Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari kebelakang". Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana katamu?" Jawab lelaki tersebut bagaimanakah jika aku terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahan-kesalahanku?" Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku".

Bersihkanlah diri daripada berhutang kerana itu akan menghalang daripada menyucikan diri dan mendapat keredhaan Allah.

Janganlah jadi orang yang bankrup kerana hutang sama ada di dunia atau akhirat.

Jauhilah hidup daripada banyak berhutang dan kuatkan keimanan untuk menghadapi segala percubaan hidup.

Hadis ini menunjukkan kelebihan jihad pada jalan Allah dan ganjaran bagi mereka yang terbunuh dalam keadaan bersungguh-sungguh menentang musuh, bersabar atas kesakitan dan kesusahan serta hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.


24.6.2013

Kepimpinan dan pengaruh
Riwayat: (al-Bukhari)

Hadith: 
Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengar dan taatlah kamu walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba Habsyi yang kepalanya bagaikan sebiji buah zabib (anggur kering).

Huraian Hadith: 
Kepimpinan yang berkesan tidak terletak pada paras rupa atau faktor fizikal. Malah kepimpinan yang paling lemah adalah kepimpinan yang bergantung kepada kedudukan dan jawatan semata-mata. Mereka akan hanya mampu memimpin andai kata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan dan akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang berjaya ialah mereka yang dapat memperlihatkan bibit-bibit kewibawaan pada dirinya selaku pemimpin hingga pengikut (orang bawahan) mula merelakan dan mengikhlaskan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut yang akhirnya membolehkan komuniti masyarakat, kumpulan atau sesebuah organisasi tersebut maju ke hadapan sebagai hasil daripada kerjasama yang diperoleh. Dengan perkataan lain seorang pemimpin yang berjaya ialah yang dapat membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin hingga dapat mencapai potensi terbaik mereka. Contohnya dapat dilihat pada diri Rasulullah SAW. Kepimpinan baginda amat terserlah pada kualiti diri baginda sebagai aset terbesar seperti sifat al-Amin dan nilai integriti dan kompetensi baginda yang terus menerus menjadi faktor utama kepada kesetiaan pengikut-pengikut baginda tidak kira baginda dengan jawatan atau tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan baginda tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk diri baginda. Pendek kata apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh akan datang dengan sendirinya!


22.6.2013
Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi
Riwayat: Bukhari
Hadith:
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”.

Huraian Hadith:
Orang Islam wajib menolong saudaranya yang dizalimi.

Orang Islam wajib menahan dan mencegah saudara seagamanya daripada melakukan kezaliman. Inilah yang dimaksudkan dengan menolong saudara yang zalim, kerana dengan menghalangnya daripada kezaliman bererti kita telah menyelamatkan daripada dosa dan azab.

Islam ialah agama yang menentang kezaliman dalam apa-apa bentuk sekalipun sama ada berpunca daripada orang-orang Islam sendiri atau daripada yang bukan Islam.

16.6.2013 - Posting kali ini  akan  memetik beberapa hadis hadis Rasul saw yang di nukilkan oleh sahabat sahabat FB yang turut mahu  berkongsi ilmu  pun begitu saya juga akan mengambil dari kitab kitab hadis muktabar untuk faedah kita bersama : Terima kasih shabat yang membuat 'rujukan' dan membuat posting di FB masing masing . Sama sama kita kongsikan  hadis Rasul saw yang mulia . 
1. SYRIA LOKASI NABI ISA TURUN KE BUMI
Bumi Syria bakal menjadi saksi kepada satu peristiwa akhir zaman yang dinanti iaitu turunnya nabi Isa ke bumi. Dalam sebuah hadis panjang merakamkan, Nabi SAW menyebut:
''Saat dajjal seperti itu, lalu Allah mengutuskan Isa bin Maryam. Beliau turun di menara putih sebelah timur Damsyik dalam keadaan kedua-dua tangannya di atas sayap dua malaikat. Tatkala beliau menundukkan kepala, ada air bertitisan. Apabila diangkat kepala, air pun berpercikan bak mutiara.'' (Riwayat Muslim).. SA

Perjuangan ini pasti Menang !

Sukarnya melangkah dan payahnya bergerak dipentas perjuangan ini. Cabaran dan tentangan menanti, fitnah dan tohmah menunggu.

Sempena Isra' Mi'raj ini saya teringat kata - kata Nabi saw kepada anak angkatnya Zaid bin Harithah Rha sewaktu Zaid memperlihatkan wajah yang penuh bimbang dan resah apabila Nabi saw tetap mahu memasuki Makkah al Mukarramah setelah dihambat dan dipukul oleh penduduk Taif sedang sebelumnya orang Quraisy Makkah juga menghalau dan memukul baginda saw. Lalu kata Nabi saw :



يا زيد إن الله جاعل لما ترى فرجا و مخرجا 

و إن الله ناصر دينه و مظهر نبيه



Maksudnya : Wahai Zaid, sesungguhnya Allah swt menjadikan apa yang kamu lihat [ dari kepayahan dan kesukaran yang dihadapkan kepada Nabi saw ] adalah sebagai suatu kelapangan dan jalan keluar dan sesungguhnya Allah swt akan menolong agamaNya dan akan memenangkan NabiNya .

3 @ 17.6.13 
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA katanya,Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan suatu yang berguna (di dunia dan di akhirat), hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata, “Andainya aku berbuat demikian tentu akan menjadi begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah, “Ini adalah takdir Allah SWT dan Allah sekehendaknya.” Sesungguhnya perkataan “andainya” (lau) hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.”

Huraian Hadith: 
Mukmin yang kuat ialah kuat jiwa dan tubuh badan,memiliki keazaman yang kuat untuk melaksanakan ibadat termasuk amal makruf nahi mungkar, dan mukmin yang lemah ialah sebaliknya.

Mukmin yang betul-betul beriman tidak akan mudah berputus asa kerana segala yang berlaku adalah ketentuannya.
Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan manusia.
4. Tazkiratul Maut ~ 01 : Setiap Insan Pasti Mati
1. Semua yang bernafas dan bernyawa pasti akan menemui ajal mautnya. Tiada satu pun makhluk yang kekal abadi. Firman Allah swt :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Setiap yang bernafas akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan ( yang sebenar - benarnya ) dan kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Surah Al Anbiya' ayat 35.

2. Ingatlah saudaraku, sungguhpun kita berkuasa, memiliki jawatan dan berpengaruh. Mungkin juga kita kaya, punya kawan yang ramai dan masih muda gagah perkasa. Apa pun keadaan kita, semua dari kalangan kita akan menemui ajal maut yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Justeru mati tidak syarat tua sebagaimana mati juga tidak syarat sakit.

3. Persoalannya, apakah kita telah bersedia untuk menghadapi detik nyawa bercerai dari badan ini ? Sementara mati itu boleh menjengah pada bila - bila masa dan di mana sahaja. Mati boleh menjemput kita, saat kita leka berfacebook dan mereka cipta fitnah atau tohmah bagi menyakiti hati serta perasaan orang lain .

Tazkiratul Maut ~ 02 : Mati Itu On Time

4. Kematian adalah suatu yang pasti. Ia akan berlaku tepat pada masa yang telah ditetapkan. Malam atau siang, esok atau lusa, di rumah atau di medan perjuangan, Malaikat Maut akan pasti "menzarahi" kita. Firman Allah swt :

إذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعةً و لا يستقدمون

" apabila telah datang ajal mereka, ia tidak lewat walau satu saat dan tidak juga cepat [ mendahului tempoh yang telah ditetapkan ]

Surah Yunus 49

5. Sebagai seorang pejuang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah swt. sewajarnya lah kita mengambil pengajaran agar kita tidak mengabaikan amanah perjuangan sebelum ruh melewati halkum. Ingatlah, dikala kita sering menangguhkan kewajipan Jihad Islami, detik kematian tidak pernah tertangguh sebaliknya ia terus bergerak laju mengikut temponya menuju saat yang telah dimuktamadkan oleh Allah swt.

6. Andai kita mati sebelum sempurna kewajipan Jihad Islami sedang kita leka dan alpa malah sengaja mengabaikan kewajipan tersebut pada masa hidup, maka penyesalan yang sangat dahsyat mula dirasai apabila azab Allah swt benar - benar berada di hadapan kita. Justeru itu, bertaubatlah sementara masa masih ada. Insaflah sementara nadi masih berdenyut. Menyesallah sementara jiwa masih hidup lantaran mati itu on time.


No comments:

Post a Comment