Saturday, June 22, 2013

HUSAM MUSA DI TAHAN

22..6.2013 ..KENYATAAN - DPPNK

Saya mewakili DPPM mengharapkan Yb Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS segera dibebaskan. Malam ini anak - anak muda akan berkumpul di IPD Kota Bharu bagi mendesak pembebasan Datuk Husam.

Berikut kenyataan DPPN Kelantan.

Penahanan Dato Husam Musa : Pemuda PAS Kelantan Desak Pembebasan Segera

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan(DPPNK) melahirkan kekesalan yang teramat sangat di atas penahanan Naib Presiden Pas, Dato Husam Musa petang tadi di Kuala Lumpur. Beliau saat ini sedang dibawa ke IPD Kota Bharu menaiki kereta peronda polis untuk disiasat atas kenyataannya yang dikatakan mengeluarkan pandangan bahawa peserta himpunan Blackout 505 'mati syahid' sekiranya terkorban.

DPPNK menyifatkan tindakan menahannya di Kuala Lumpur dan membawanya ke Kota Bharu hanya dengan menaiki kereta merupakan satu tindakan yang tidak wajar memandangkan statusnya sebagai seorang pemimpin. Apatah lagi kesalahan yang didakwa dilakukan bukanlah jenayah yang serius yang memerlukan tangkapan segera. Adalah lebih waras sekiranya beliau dipanggil memberikan keterangan di Kota Bharu dan semua pihak yakin beliau tidak ada sebarang masalah untuk berbuat demikian.

DPPNK mendesak agar kenyataannya diambil pada malam ini iuga dan dibebaskan dengan kadar seberapa segera. Ini kerana DPPNK mendapat maklum daripada ahli keluarganya bahawa kesihatan beliau kurang stabil dan memerlukan rehat.

Selagi beliau belum dibebaskan, DPPNK tidak teragak-agak mengerahkan seluruh kekuatan pemuda di negeri ini berkumpul di hadapan IPD Kota Bharu bagi menunut pembebasan beliau.

Sekian.

ADBUL LATIFF ABD RAHMAN,
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK)

22 Jun 2013
9.00 malam

No comments:

Post a Comment