Sunday, June 23, 2013

ANGKAT SUMPAH ..

24.6.2013 @ Isnin .
Tengahari  hari ini YB Ust Nasrudin Hasan Tantawi Ahli Parlimen baru Temerloh dari Pakatan Rakyat telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan  Yang Di Pertua Dewan.Temerloh mencatit sejarah bagi barisan pemuda nya di mana telah menghantar Ketua Pemuda PAS Pusat sebagai ahli Parlimen yang  pertama dari PR/ Pembangkang  dari kalangan pemuda dan telah mengalahkan penyandang iaitu anak tempatan Dato' Saifudin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi . Satu kebangkitan yang nyata menepati aspirasi rakyat . Cuma kepincangan SPR yang mengekalkan BN terus berkuasa .

Sejarah , kerana kali pertama pembangkang menang di Parlimen Temerloh , kedua beliau adalah Ketua Pemuda ketiga menang mengalahkan  seorang yang  'baik dan berkaliber' @ Timbalan Menteri juga masih muda . Sejarah kerana misi PR dapat di fahami oleh pengundi muda dan ini mencerahkan  peluang pada PRU14 .Pemuda yang bakal mewarisi perjuangan  telah di angkat untuk meneruskan perjuanan Islam bersama pakatan yang mudah mudahan lebih mantap di masa akan datang .

Tahniah dan syabas YB Ust Nasrudin Hasan Tantawi Ketua Pemuda PAS Pusat  dan ahli Parlimen Temerloh P088 yang baru . Selamat berjuang dan selamat bersidang .. Tahniah .

Simi .
Temerloh

Sebagai persiapan YB Ust Nasrudin Hasan Tantawi P088  berkhidmat di Temerloh pejabat dan pusat Komuniti sedang di siapkan oleh Sekretariat P088 .
 'Kad pengenalan' YB di cetak untuk di edarkan kepada pengundi yang boleh menolong mereka menghubungi YB pada masa yang di tetapkan  dan 'mendekat'kan lagi YB dengan pengundi . Selamat bertugas ..
 Antara tugas yang sudah menjadi kebiasaan dan menjadi 'Trend' sekarang ialah 
mengundang  YB untuk memberi kuliah agama , berkhutbah dan bertazkirah .

 gambar menunjukkan YB memberikan ceramah sempena Isra' Mikraj 
di masjid Al Ihsaniah Lebak  dengan kehadiran yang memuaskan .
kehadiran yang memuaskan ...
 Pusat Komuniti akan di rasmikan oleh Tuan Guru Presiden  Hj Abd Hadi Awang pada 
3 Julai seperti poster yang di siarkan .. semoga  di permudahkan oleh Allah swt . 

Sekian .. selamat bersidang dan berkhidmat .
01.20 pm Isnin @ 24.6.2013


WAKIL PAS BAWA SUARA RAKYAT KE PARLIMEN
Muka-muka baru yang mewakili PAS ke Parlimen rata-ratanya hari ini menyatakan rasa keterujaaan kali pertama melangkah ke Dewan Rakyat serta mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan ketika ditemui tidak menafikan bahawa beliau gementar ketika melafazkan sumpah kerana menyedari segala amanah terbeban di bahunya.

"Rasa gementar itu memang ada kerana saya memegang amanah rakyat. 

"Saya akan membawa risalah perjuangan mewakili PAS dan Pakatan Rakyat sekali gus membawa suara rakyat dari kawasan yang saya wakili seterusnya memberi semak imbang dalam parlimen.

"Hari ini juga saya melihat pelbagai gelagat dan telatah ahli parlimen jadi saya kira ini pengalaman baru," katanya yang juga Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan wajah ceria berkata beliau gembira dapat bersemuka dengan 'orang-orang besar negara' yang dipilih rakyat.

"Saya rasa cukup gembira dapat berkenalan dengan orang-orang besar Malaysia yang dipilih oleh rakyat daripada kedua-dua belah pihak.

"Saya akan membawa agenda rakyat khususnya untuk rakyat saya di Parlimen Pasir Mas dan agenda Malaysia Baru," kata Timbalan DPPM yang selalu tersenyum itu.

Seorang lagi muka baru, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang mewakili PAS di Parlimen Kuala Nerus berikrar akan berbahas dengan cara yang berakhlak dan sentiasa memberikan pandangan-pandangan yang bernas.

"Ini pengalaman pertama saya, hari ini baru permulaan angkat sumpah dan permulaan kerja besar yang mesti ditunaikan oleh ahli parlimen yang diberi amanah oleh rakyat iaitu berbahas dengan cara yang berakhlak, memberikan pandangan, idea, dan tegeuran-teguran yang baik untuk kerajaan," katanya yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Pagi tadi, Seramai 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu 21 daripada PAS, 30 PKR dan 38 DAP mengangkat sumpah jawatan bagi parlimen kali Ke-13.

Bagi wakil Pakatan Rakyat, angkat sumpah dimulakan dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, diikuti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang juga Presiden PAS, Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang juga Penasihat DAP Kebangsaan seterusnya wakil-wakil Pakatan Rakyat yang lain..hrkh


No comments:

Post a Comment