Friday, June 7, 2013

KENYATAAN MEDIA DPPN P.PINANG - Jambatan ke 2 PP Runtuh

KESAL TRAGEDI RUNTUHAN JAMBATAN KEDUA P.PINANG
1. Merujuk tragedi runtuhan Jambatan Kedua P.Pinang yang berlaku lewat petang tadi, Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang melahirkan kekesalan atas kejadian yang berlaku.

2. DPPN P.Pinang difahamkan runtuhan tersebut berlaku di susur keluar Batu Maung, melibatkan laluan jalan yang digunakan oleh orang awam. Runtuhan yang berlaku ketika kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan menyebabkan sebuah kenderaan jenis Proton Kelisa terperangkap di bawah timbunan runtuhan tersebut. Usaha untuk mengesan pemandu kenderaan tersebut & pekerja-pekerja yang dikhuatiri terperangkap dilaporkan masih giat dijalankan.

Difahamkan juga ianya dikatakan berpunca dari kegagalan struktur sokongan 'perancah' yang berfungsi menyokong jambatan yang sedang dibina. Kos baik pulih semula bahagian yang runtuh tersebut dianggarkan bernilai lebih jutaan ringgit.

3. DPPN P.Pinang dengan ini mendesak supaya siasatan segera dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengenal pasti punca kejadian runtuh jambatan kedua yang pernah diishtiharkan PM sebagai 'hadiah' BN kepada rakyat P.Pinang ini.

4. DPPN P.Pinang memandang serius akan siri-siri tragedi runtuh yang berlaku dalam negara setelah runtuhan sebuah masjid di Terengganu baru-baru ini. Kerajaan & pihak berwajib harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi mengelakkan tragedi buruk ini terus berulang & mencemarkan imej negara. Pampasan sewajarnya perlu diberikan kepada mangsa yang terlibat lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nyawa & harta benda.

DPPN P.Pinang percaya bahawa rakyat P.Pinang tidak akan menerima 'hadiah' yang membahayakan nyawa mereka.

AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang

No comments:

Post a Comment