BERJUANG .. DAN PRINSIP
BERJUANG BIARLAH BERPRINSIP
1. Melibatkan diri dengan parti dan terjun ke medan politik bukan suatu
tindakan yang main - main . Rasa nak masuk kita masuk dan rasa nak
keluar kita keluar . Rasa nak terjun kita terjun dan rasa nak lompat
kita lompat .
2. Sepertilah dunia politik ini tiada tuhan yang memandang dan malaikat yang mencatat ...
3. Apatah lagi seorang muslim yang mempunyai aqidah , akhlak dan
fikrah. Penglibatannya di medan siasah atau politik adalah sebuah
perjuangan dan ia memerlukan prinsip yang jelas dan tegas .
4.
Seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak
mungkin boleh ditukar dagang dengan nilai mata wang dunia . Biar berapa
taruhannya , perkiraan seorang muslim tidak terhenti di muka dunia
bahkan masa depannya di akhirat terlebih aula diambil kira .
5.
Seorang politikus yang beragama Islam tidak boleh membebaskan diri dari
hukum taklifi yang membabitkan dosa dan pahala atau syurga dan neraka .
Biarpun dimercu kuasa dan pengaruh , taqwa dan wara' mestilah
senantiasa tersemat dijiwanya .
6. Justeru seorang muslim yang
taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan
meninggikan syiar agama Allah swt ini .
7. Sekali - kali mereka
tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan para banjingan
politik yang tidak bermoral dan beretika . Apalagi nilai diri dan harga
maruah mereka hanya dijual semurah tiket haram dipasaran gelap . Inilah
kekotoran sebuah politik kotor yang tidak berpaksi kepada akhlak dan
etika dan bertunjangkan prinsip perjuangan .
Ahli Politik sekelian !
8. Kalau kita berpolitik biarlah politik itu membina perjuangan dan apabila kita berjuang biarlah berprinsip tanpa syarat .
9. Tentu sahaja penglibatan kita bersama perjuangan ini untuk
meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi mengatasi
ideologi ciptaan manusia , justeru itu tanggungjawab kita sebagai
seorang hamba Allah swt . Lantaran itu kita mesti sabar mendepani
pelbagai cabaran dan mesti pula tabah menyerap tekanan .
10.
Kalau kita tidak berani dan tidak pula bersedia maka usahlah kita
berjuang . Sebaiknya tunggu sahaja keputusan dari Allah swt .
Nasrudin bin Hassan
Salam dari Bumi Bakkah
No comments:
Post a Comment