BN wajar beri Peruntukan Pembangunan
Parlimen menerusi MP Pakatan Rakyat.
1. Prinsip saya kekal sebelum dan selepas menjadi Ahli Parlimen. Berpaksi pada ayat Allah swt yang bermaksud :
"dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. "
Surah al Maaidah : 8
2. Berdasarkan rekod saya yang baru 14 hari menggalas amanah sebagai MP ketika itu, orang pertama yang datang bertemu saya mohon bantuan ialah penyokong MIC dan saya hulurkan bantuan. Orang pertama saya ziarah mangsa ribut dan menghulurkan bantuan ialah penyokong UMNO. Dalam tempoh itu juga, sekitar 50 buah rumah telah saya sendiri menziarahinya dan menghulurkan bantuan kemanusiaan sementara sebahagiannya saya hulurkan bantuan menerusi PAS Kawasan Temerloh yang mewakili saya. Saya juga telah mengangkat perkara ini kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah.
3. Saya tidak suka membangkitkan perkara ini justeru ia adalah amal ibadah yang tidak perlu dibilang hitung. Namun saya harap penjelasan ini mampu mendidik dan memberi pencerahan buat mereka yang timbulkan isu ini. Walaubagaimana pun saya ucap terima kasih kepada pihak akhbar Sinar Harian yang menyiarkan perkara ini dan terima kasih jua saya ucapkan kepada penganjur himpunan aman bagi menyatakan bantahan dan suara mereka terhadap saya.
4. Sebagai pemimpin, saya terima dengan lapang dada dan hati terbuka terhadap aneka ragam rakyat mengekspresi sikap dan suara mereka. Saya sambut dan layan mereka dengan kasih dan sayang kerana saya adalah pemimpin mereka.
"Saya juga seorang ayah yang punya enam anak. Keenam - enam anak ini tidak menunjukkan cara dan ekspresi rupa yang sama sewaktu mereka mahu menyuarakan kehendak mereka kepada saya. Ada yang datang memujuk, ada yang menangis dulu baru bersuara, ada yang memendam rasa, ada yang direct menyuarakan kehendak. Saya layan semuanya dengan kasih sayang justeru mereka adalah anak saya." Begitulah pemimpin dengan orang yang dipimpin seperti ayah dengan anaknya.
5. Jika dakwaan mereka benar, boleh datang ke Pejabat PAS Kawasan Temerloh [ buat sementara waktu sebelum Pusat Komuniti Parlimen Temerloh siap dalam tempoh sebulan ini ] untuk mengemukakan aduan atau laporan dan pihak kami akan pastikan laporan itu benar dan layak menerima bantuan, maka saya akan usahakan untuk membantu sedaya mungkin.
6. Saya terpaksa "merayau" ke serata ceruk mencari sumbangan orang ramai dan para dermawan untuk membantu insan yang memerlukan di Parlimen Temerloh. Keadaan ini berlaku ekoran tradisi pemerintahan Barisan Nasional tidak memberi peruntukan pembangunan dan kebajikan parlimen kepada MP bukan pemerintah.
7. Saya juga menyarankan kepada pengajur himpunan aman itu dan Pengerusi JKKK Megat Segama supaya mengadakan sekali lagi himpunan aman yang serupa untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional memberikan geran peruntukan wajib bagi pembangunan dan kebajikan rakyat Temerloh walaupun Ahli Parlimennya bukan dari Barisan Nasional. Hormati pilihan rakyat dan jangan pilih kasih dan mendiskriminasikan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan rakyat Temerloh.
8. Malah mereka juga mesti mendesak pihak kerajaan Barisan Nasional membela nasib mereka yang terbiar dan hidup dalam kedaifan pula tertekan dalam isu perumahan Sri Kemuning yang tidak selesai sejak sekian lama.
9. Saya telah memanjat tangga di 6 blok rumah pangsa Sri Kemuning untuk meninjau kerosakan yang dialami oleh penduduk di situ dan menghulurkan bantuan. Saya dimaklumkan oleh penduduk di situ bahawa inilah Ahli Parlimen pertama yang sudi datang menziarahi kehidupan kami yang sangat daif dan terbiar di blok - blok rumah pangsa yang uzur di Sri Kemuning.
10. Kepada para dermawan dan warga prihatin boleh bantu kami Sekretariat Parlimen Temerloh untuk berbakti kepada rakyat yang memerlukan. Salur kepada:
Maybank Islamic
5560 5720 3711
Tabung Prihatin Rakyat
Taip - Temerloh -Nilai - sms ke: 019 3000 088
Temerloh di Hati Kome

No comments:
Post a Comment