Monday, May 27, 2013

UMRAH ..

28.5.2013

YB P088  akan menunaikan umrah  di penghujung Mei ini dan akan pulang di minggu pertama June 2013 akan datang . Di ucapkan selamat pergi dan kembali untuk memulakan tugas dengan lebih prihatin . Kesyukoran secara jama'ei telah di raikan di banyak UPU , cawangan dan rumah individu . Sebagai mukaddimah YB Ust Nasrudin telah sempat hadir di hampir semua majlis yang turut meraikan para petugas . Kemuncaknya telah di adakan di Darul Amin Sg Gau pada 19.5.2013 yang lalu dengan kehadiran yang memberangsangkan walau hujan agak lebat . YB juga telah bermula dengan  menyampaikan khutbah di Masjid  Lakum , Paya Jauh dan berkuliah di masjid Tg Besar . Tidak lupa  telah pun menziarahi jabatan kerajaan dan bertemu denga ketua-ketua jabatan . Bermula dengan Ketua Balai Polis Temerloh , Yang Di Pertua MPT , Pegawai Agama , Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Jurutera Daerah JPS . Pertemuan mendapat sambutan yang menggalakkan .


Tidak ketinggalan ribut telah melanda sekitar Daerah Temerloh . YB juga wakil beliau  sempat meninjau menemui mangsa , beramah mesra dan menyampai  sumbangan ikhlas sebagai permlaan  dan 'salam perkenalan' . Nama dan butiran mangsa di catitkan untuk tindakan lanjut serta di ajukan kepada jabatan berkenaan bagi mendapat bantuan seterusnya . 

Untuk makluman semua  YB akan berada di Temerloh sepenuh masa paling kurang  dua hari seminggu iaitu hari Selasa dan Jumaat  manakala Sabtu dan Ahad di khususkan untuk program parti seperti mesyuarat AJK Pusat , DPP , Majlis Syura dan lain lain di mana beliau masih terlibat . Semasa ketiadaan beliau banyak urusan akan di uruskan oleh Pegawai Peribadi beliau En Razali A Rani , En Hasanuddin Salim TYDP Temerloh dan Ust M Shukri Shuib yang akan mengatur perjalanan dan menghadiri acara yang beliau tidak berkesempatan hadir . Sementara itu  Pejabat dan Pusat Khidmat Parlimen Temerloh akan di buka di lokasi yang  alamat nya akan di beritahu kelak .  Urusan rasmi dan penerimaan aduan juga untuk berjumpa dengan YB boleh   di lakukan di pejabat apabila di buka nanti .

Akhirnya bagi mereka yang mengerjakan Umrah selamat mengerjakan umrah semoga mendapat keberkatan dan petunjuk Allah  berkekalan , selamat pergi dan selamat kembali buat semua .

Sekian ..  terima kasih .
Unit Media dan Publisiti ..

No comments:

Post a Comment