Di siarkan bahawa YB P088 berangkat ke Mekah Al Mukaramah untuk menunaikan umrah . Dari FB beliau terdapat gambar gambar sebelum berangkat . Semoga beliau mendapat penuh keberkatan menunaikan ibadah seterusnya mendapat kekuatan untuk menabur khidmat di Parlimen Temerloh . Nampaknya kita tidak risau dengan sokongan para pemuda dan alumni bagi merealiasikan idea kepemimpinan beliau seterusnya menjayakan menifesto PR khasnya konsep 'Negara Berkebajikan' yang mencabar kesungguhan kita .
Gambar gambar semasa dan selepas kempen menceritakan kemampuan beliau seterusnya ...
sejurus tiba di Tanah Suci ...berama teman dan juga guru ..
beramah mesra degnan petugas UPU B Pulau ...
bersama dengan petugas UPU Lebak ..
menziarahi pesakit di HoSHAS Temerloh ...
![]() |
| di HSHAS Temerloh .. sebelum bergerak ke KL |
dalam beberapa siri kempen PRU 13 .. ni di DUN Mentakab yang
di tandingi oleh wakil DAP. Tengku Zulpuri Shah ...
sempat juga bersama anak muda dan berhimpun di Armcorp Mall
dalam siri kempen PRU13 di pasar malam ( petang ) Temerloh Jaya
menyantuni anak kecil di pertemuan dengan rakyat ...
Lambaian Tanah
Suci
a] Seruan lembah suci al Mukarramah kian jelas menyapa diri ini biarpun 2 hari tergendala berikutan pengurusan teknikal yang merubah jadual perjalanan asal pada 26 Mei yang lalu.
b] Memimpin tetamu Allah kelolaan Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Malaysia di bawah An Nuur Travel kini siap untuk berlepas menyahut panggilan Kaabah al Musyarrafah.
c] Teringat pesan Sang Murabbi al Mursyidul Am Dato Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Sejurus sampai ke Makkah al Mukarramah nanti anta nak doa apa ? tanya Tuan Guru kepada saya sewaktu saya mengunjungi beliau minggu lepas. Lalu saya membalas " Ayah Ziq nak suruh ambo berdoa lagu mana ?
Jawab Tuan Guru : " kalau ana, ana nak anta doa supaya Allah swt buka pintu hati semua pemimpin negara ini kembali kepada Islam dan mentaati syariah Allah swt......."
d] Selain menunai amanah Tuan Guru, pastinya seluruh warga Temerloh di dalam tadahan doaku kepada Allah swt di Multazam kelak agar seluruh warga Temerloh dikurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat kelak. Jua bebaskan seluruh warga Temerloh dari pelbagai musibah atau ujian yang tidak mampu dihadapi.
e] Doa saya jua bersama seluruh warga Dewan Pemuda PAS agar terus thabat dan istiqamah bersama prinsip ilmu dan amal Islami mendepani cabaran perjuangan getir ini.
f] Saya juga mengharapkan doa dari kalian semua agar saya selamat pergi dan balik sekaligus dikurniakan petunjuk dan kekuatan oleh Allah swt agar mampu memimpin dan menunai amanah serta menabur bakti buat semua khasnya Dewan Pemuda PAS Malaysia dan warga Temerloh.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap
Ahli Parlimen Temerloh.

No comments:
Post a Comment