Hassanuddin Salim
Seminggu
berlalu dalam kesibukan bersama dengan sahabat-sahabat mengendalikan
Pusat Operasi Bantuan Banjir Prihatin Rakyat, PAS Pahang. Hari ini
keadaan banjir di negeri Pahang hampir pulih kecuali di beberapa kawasan
seperti di Temerloh, Maran, Bera dan Pekan kaeadaan air masih lagi
bertahan dan masih ada pusat-pusat pemindahan yang dibuka selain
kampung-kampung terpencil yang masih terputus hubungan. Petugas dan
bantuan dari seluruh negara bertali arus datang membantu terutama
dari Selangor dan Perak. Sahabat-sahabat Unit Amal tak menang tangan
membantu mangsa-mangsa banjir di sana sini. Jutaan terima kasih dari
Prihatin Rakyat, PAS Pahang di atas huluran bantuan yang tidak
putus-putus dan bertali arus tersebut. Biarpun letih namun segala usaha
dan jerih payah dilaksanakan dalam keadaan ceria dan penuh ukhuwwah
kasih sayang tanpa mengira warna kulit, latarbelakang apatah lagi
fahaman politik. Di celahan tersebut sempat juga menziarahi saudara-mara
di kawasan kampung sendiri iaitu kampung Kuala Sanggang dan Kampung
Loyang bersama pemimpin setempat Al Fadhil Ustaz Ahmad Badawi Abdullah
dan Al Fadhil Ustaz Ibrahim Jamin yang sebahagian dari warganya terputus
hubungan ketika air di paras tertinggi dalam tempoh banjir tersebut.
Terima kasih sekali lagi kepada semua petugas yang terlibat membantu
mangsa-mangsa banjir.

Amalan
Talqin di negara kita biasanya untuk "mengajar" simati untuk menjawab
soalan kubur dan mengingatkannya mengenai kehadiran Malaikat kelak.
Hari ini talqin saya mengajak yang masih hidup agar mengambil iktibar dari peristiwa kematian ini dan berbekal dengan bekalan taqwa sementara masih hidup agar mati kelak, kita mampu menjawab soalan kubur disamping mendoakan jenazah agar dirahmati Allah swt di tempatkannya dalam Jannatun Naim.

No comments:
Post a Comment