Menyampaikan
kuih raya "tanda ingat dan kebersamaan" sempena Ramadhan dan Aidil
Fitri yang bakal menjelma kepada pesakit di HOSHAS tengahari tadi.
Sumbangan berjaya disampaikan kepada 500 orang pesakit.
Alhamdulillah walau tidak seberapa, ia menjadi tanda hati buat mereka
yang tidak bernasib baik dan ditimpa musibah. Semoga ada keceriaan buat
mereka dan cepat sembuh insyaallah...
SELESAIKAN KRISIS BEKALAN DIESEL SEGERA
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan menyelesaikan
segera krisis bekalan minyak diesel di beberapa negeri berikutan banyak
aduan daripada pengguna jalan raya bahawa bekalan minyak diesel habis di
stesen-stesen minyak. Keadaan ini sudah berlarutan beberapa hari
lamanya dan ia menimbulkan kekalutan bagi pengguna jalan raya, khususnya
pemandu-pemandu lori.
2. Lebih dari itu, krisis bekalan minyak
diesel bukan hanya berlaku di Semenanjung, malah ia juga berlaku di
Sabah dan Sarawak. Jika ini berlarutan, ia boleh menjejaskan pertumbuhan
ekonomi ketika negara berada di ambang sambutan Hari Raya Aidilfitri
beberapa hari lagi. Apa yang dibimbangkan adalah harga-harga barang
terutama makanan akan meningkat mendadak atas faktor tersebut.
3. DPPM merasa kesal kerana kerajaan khususnya daripada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak menyelesaikan
permasalahan ini dengan segera. Sehingga hari ini, tiada kenyataan rasmi
dibuat ataupun tindakan diambil bagi memastikan masalah ini
diselesaikan. Apakah kerajaan tidak prihatin dengan penderitaan dan
kesusahan rakyat berhadapan dengan kemelut ini? Di mana slogan “rakyat
didahulukan” apabila kerajaan masih diam membisu membiarkan kekalutan
ini berlaku di banyak tempat?
4. Apa yang diketahui krisis
diesel tidak meruncing di peringkat antarabangsa, justeru sepatutnya ia
tidak menjadi suatu masalah kepada negara membekalkannya mengikut
keperluan pasaran semasa. Apakah krisis ini dicipta dengan usaha
terancang bagi memberi laluan agar harga diesel dinaikkan terutama di
musim-musim perayaan seperti ini? Mungkinkah harga diesel akan dinaikkan
dalam masa terdekat?
5. Justeru, DPPM mendesak suatu
penjelasan diberikan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan berhubung isu ini. Kerajaan perlu proaktif
dengan melihat senario yang berlaku, dan sebelum krisis ini menjadi
parah, seharusnya kerajaan bertindak cepat bagi menyelesaikannya.
6. Dengan mandat baharu melalui PRU ke 13 daripada rakyat, inilah
masanya kerajaan berkorban dan berbakti kepada rakyat sebagai tanda
terima kasih atas sokongan yang diberikan. Hanya kerajaan yang amanah,
prihatin, cekap mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dengan tangkas.
Rakyat juga tidak mahu menerima alasan harga diesel dinaikkan walau apa
keadaan sekalipun.
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
No comments:
Post a Comment