Telah beberapa lama isu ni masih di mainkan. Terima kasih . YB telah bawa kes ni ke pengetahuan JKM D Temerloh . Semua masih dalam proses dan bagi pihak PAS Kaw Temerloh akan cuba mencari jalan penyelesaian . Mohon kejasama pihak terlibat mendaftar @ siapa yang belum untuk tindakan lanjut. Harap semua boleh selesai tanpa pilih bulu @ kasih . Harap maklum . Daftar ke pejabat Pas kawasan di Temerloh Jaya sehingga Pusat Komuniti Parlimen Temerloh di buka .
Kenyataan akhbar sekiranya perlu akan di adakan bagi menjawab isu ini .. cuma ingin di tegaskan 'tiada niat ' untuk memilih bulu @ pilih kasih seperti di dakwa . Mana mana yang tercicir adalah tidak di sengajakan kerana lawatan dan kunjungan YB tempuh hari secara 'spontan' dan 'response' awal terhadap bencana yang menimpa dan YB telah bertindak setidaknya menghantar nama dan berjumpa pihak berkenaan . Itu yang di buat setakat ini .
Baru 14 hari @ dua minggu menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen / Wakil Rakyat dan dengan sumber yang terhad di harap semua bleh berfikir secara rasional dalam 'menjatuhkan hukuman' . Betul kata YB ber'demo'lah supaya kerajaan BN menurunkan peruntukan (pembangunan dan sebagainya ) kepada wakil rakyat walaupun tidak dari BN @ wakil pembangkang . Hormatilah hak dan pilhan rakyat dan demokrasi yang di laung laungkan . Jangan pula mengatakan bahawa wakil ini , tidak pandai mengurus kewangan dan jatuh ke tangan parti . Itu adalah prasangka jahat yang tidak berasas .
Sekian ..
No comments:
Post a Comment