Friday, May 31, 2013

Dari Raudhatun Nabi saw bersama YB P088


1. Ya Allah Ya Qaadhi Rabbul Jalil.

Aku datang bersimpuh di Raudhah nabiMu.
Membawa segunung harapan agar doaku mustajab, biarpun diriku bersalut dosa justeru aku sangat mendambakan keampunan dan kesejahteraan dariMu Ya Allah.

2. Ya Allah Ya Muhaiminul A'ziz

Ampunkan jua kedua orang tuaku yang telah sekian lama membesar dan mendidik diri ini agar memilih jalan perjuangan suci.Kesejahteraan buat isteri dan anak-anakku agar bebas dari nerakaMu sekaligus mewarisi ananah perjuangan ini. Tidak lupa buat sekelian muslimin dan muslimat khasnya warga DPPM serta Parlimen Temerloh agar diberkati olehMu Ya Allah. Sementara non muslim turut merasai RahmatMu ya Allah.

3. Ya Allah Ya Hakiimul A'dil

Kurniakan kekuatan & keupayaan tinggi buat diriku agar mampu menggalas beban amanah selaku Ketua DPPM dan MP Temerloh. Mendepani cabaran , menongkah fitnah dan menghambat resah.

4. Ya Allah Ya Badii'us Samaawati wal Ardh

Bukalah pintu hati pemimpin dan pemerintah negara ini agar bersedia menerima Islam dan melaksanakan syariatnya. Jika mereka enggan, janganlah diazab mereka dengan terus mengekalkan mereka sebagai pemimpin dan pemerintah, sebaliknya gantilah mereka dengan pihak yang bersedia menerima pedoman dan pimpinanMu Ya Allah.

5. Ya Allah Ya Zal Jalaali wal Ikram

Tabah dan kuatkan semangat pimpinan kami yang terdiri Al Mursyidul Am, Ahli Majlis Syura, Presiden dan seluruh AJK PAS Pusat serta Dewan Ulama' , Pemuda dan Muslimat untuk terus thabat dan istiqamah dengan perjuangan getir ini meskipun berdepan tekanan dari luar dan dalam.

6. Ya Allah Ya Arhamar Raahimin

Lemahkan musuh agamaMu , patahkan strategi jahat mereka dan selamatkan kami dan seluruh negara kami dari angkara perbuatan mereka. Kukuhkan saff kepimpinan dan anggota jamaah kami. Selamatkan jamaah dari onar pihak munafiq serta kuncu dan algojonya jua dari mereka yang berkepentingan dunawi .
Bekalkan semangat jitu dan hati yang tabah menghadapi perit jerih perjuangan buat aktivis rakyat dan anak muda yang bangkit menuntut perubahan .

7. Ya Allah Ya Akramal Akramin

Sepuluh jari disusun , merayu dan merintih agar doa ini di perkenankan. Aku kongsikan di ruang cyber, moga ia diaminkan oleh semua.

8. Ya Allah Ya Qaadhiyal Haajat

Perkenankan doa dan munajatku in





Waktu Doa Paling Mustajab

Riwayat: Muslim

Hadith:

Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.

Huraian Hadith:
Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.

Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah "Sujudlah pada Ku." Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.

No comments:

Post a Comment