Wednesday, December 18, 2013

KHIDMAT P088

19.12.2013 
Selain dari berucap , berbahas di Parimen , menyampaikan sumbangan  kebendaan dn menyantuni masyarakat pengundi majlis ilmu juga merupakan khidmat YB kepada pengundi nya .   Bagi masyarakat Islam  dan pemimpin / YB adalah seorang muslim yang berilmu dan beramal memberi dan mengadakan kelas pengajian agama adalah  khidma yang amat di harapkan dan hidup serta releven setiap masa .Inilah bakal di dapati apabila pilihan kita menepati dan kena pada tempatnya . MAKA IKUTI LAH ... 
Kuliah YB TEMERLOH



HENTIKAN TINDAKAN POPULIS

1. Saya sarankan agar YB Khairy Jamaluddin hentikan tindakan populis dan segera menjawab keresahan rakyat ekoran daripada 
Syam Pomen's photo.kenaikan barang dan perkhidmatan hari ini.

2. Mengapa sudah berlaku kenaikan baru hendak berbincang dan kononnya membela nasib belia? Ramai Ahli Dewan Rakyat yang telah bersidang sehingga 5 Disember lalu termasuk para senator yang sedang bermesyuarat hari ini telah menyuarakan hasrat hati belia namun apakah tindakan kerajaan dalam melayani perkara ini?

3. Dari masalah kemelut hutang peribadi, pengangguran, gejala sosial, pemilikan harta, akses pendidikan kualiti dan teras jatidiri, semuanya telah dibangkitkan. Terbaru, Perdana Menteri sendiri telah mendedahkan seramai 68,300 belia telah diisytihar muflis dari tahun 2005 hingga 2012.

4. Apa yang dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan itu juga secara tidak langsung dilihat menjawab segala tindakan kerajaan yang menstrukturkan subsidi sejak daripada bulan September yang lalu. Belia hanya mengharap agar bebanan kesilapan kerajaan dalam mengurus ekonomi negara tidak terus diletakkan ke atas bahu mereka.

5. Saya melihat platform yang telah diwujudkan untuk menyuarakan pandangan belia sudah banyak sama ada secara formal mahupun tidak formal. Cuma, bagaimana program-program yang disusun dan diimplementasikan oleh kerajaan selama ini efektif dan efisyen dalam menyelesaikan akar masalah belia.

6. Oleh yang demikian, saya menyeru supaya kerajaan segera mengambil langkah konkrit untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat sebelum 1 Januari 2014 ini. Penstrukturan subsidi dan kenaikan harga barang serta caj perkhidmatan telah memberi impak negatif terutamanya kepada golongan berpendapatan sederhana di kawasan bandar.

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

No comments:

Post a Comment