Wednesday, August 28, 2013

RAKYAT ... TERUS BANGKIT ..


29.82013 ..

Anak Saudara mengimbau nasyid ini ...Dr Sarah
Kemudian saya nyanyikan pula nasyid Titisan Darah (Dalam Bahasa Arab tajuknya ialah Farsyi Alturab yang membawa maksud Hamparan Debu. Nasyid ini ditujukan untuk kisah kezaliman penindasan umat Islam di Palestin dan Bosnia suatu ketika dahulu). Kali ini, dari awal nasyid sampailah ke penghujungnya suara saya bergetar dan mata berkaca. Dan akhirnya menangis lagi.

"Titisan darah
Mengalir sayu
Membasah bumi
Mengukir tarikh
Peluru ganas
Mengoyak tubuh
Mencarik daging
Menembus tulang.

.........................

Hai pengkhianat ummah yang
Menyembah diri kepada Yahudi
Mengapa leher kamu serahkan
Kepada musuh yang durjana.

..........................

Hai saudara seagama
Janganlah kami, kamu lupai
Marilah bersama kami
Menghayati kemanisan jihad ini"
Amir Saiyaf Shohaimi shared Prihatin Mesir's photo.
Prihatin Mesir | Cairo, Egypt.

28 Ogos, Rabu 6.00 pagi - Kota Kaherah masih sunyi selepas berakhir waktu tempoh berkurung yang ditetapkan kerajaan dari pukul 9.00malam sehingga-6.00pagi.

Rutin harian rakyat Mesir berjalan seperti biasa dan keadaan di sini aman damai tanpa berlaku sebarang huru hara. Jalanraya di sekitar Kaherah kembali sesak seperti biasa bermula waktu kerja sehingga bermula tempoh berkurung. Kedai-kedai, super market, bank dan jabatan kerajaan beroperasi seperti biasa.

Biarpun semasa pihak pemerintah meleraikan perhimpunan di Nadhah dan Rabaah keadaan agak huru-hara dengan kebakaran bangunan-bangunan kerajaan, balai polis, gereja, dan rumah kediaman, namun kebakaran itulah bukanlah dilakukan oleh rakyat yang pro Mursi, tetapi dilakukan oleh pihak polis bagi menggambarkan kepada umum pro Mursi adalah pengganas dan wajib diperangi.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya, pro Mursi memilih cara damai, tidak mengangkat senjata dan tidak melakukan huru hara. Mereka meneruskan protes secara aman di seluruh bandar-bandar utama, dataran, dan jalanraya. Perhimpunan aman berlangsung setiap hari bagi memberi tekanan kepada pemerintah tentera, walaupun pihak pemerintah melakukan tangkapan demi tangkapan ke atas pemimpin politik, aktivis masyarakat dan wartawan demi menyekat kebangkitan rakyat.

Atas slogan " Rakyat Memimpin Revolusi" sokongan rakyat yang menolak rampasan kuasa dan menentang pemerintahan tentera semakin hari semakin bertambah. Pelbagai aliran politik dan latarbelakang rakyat bergabung menentang kudeta.

Hari Jumaat 30 Ogos ini akan diadakan perhimpunan dan perarakan raksasa rakyat bagi menentang kudeta dan regim Mubarak yang dilihat kembali berkuasa dalam kerajaan Mesir sekarang. Dijangkakan 30 Ogos ini menjadi Revolusi kedua selepas Revolusi 25 Januari 2011.

Walaupun demontrasi berlaku setiap hari, keadaan masih lagi aman dan terkawal kerana demontrasi yang dianjurkan adalah secara aman. Jika berlaku huru hara, ia adalah dari pihak kerajaan haram yang melakukan provokasi bagi membunuh dan menangkap rakyat yang keluar berdemontrasi.

#prihatinmesir

No comments:

Post a Comment