Bantuan yang mcm mana yang mampu kita beri kepada mereka?
Apa daya kita yang jauh dari mereka..adakah kita hanya melihat berita tv atau baca berita diakbar atau dr Internet shj?
Apa yg berlaku hari ini kita yg dpat berita seperti ini, kita akan
mengecam sekeras kerasnya..tp sekeras mana? Sekeras komen dlm fb
shj..kenapa tidak ada kesepakatan tentera fisabilillah dari malaysia
untuk pergi sama2 menentang kezaliman di mesir? Takut kot..atau salah
disisi undang2 rakyat negara lain tidak boleh tolong negara yg dizalimi?
Marikah kita tlg sgguh2 pada saudara seislam kita..kesian kita
tgok..beribu mati hari ni..
Pemuda PAS Pahang Desak Kerajaan Malaysia Nyatakan Pendirian dan Kutuk Serangan di Mesir
1- Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4 petang tadi,
apabila Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua
penyokong Dr Morsi.
2- Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org
telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari
kalangan kanak2, ibu2, & wanita2. Semua yg dibunuh adalah mereka yg
tidak bersenjata.
3- Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG
dari memasuki kawasan himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan
kpd mangsa Jurukamera juga turut ditembak dari udara menggunakan
helikopter tentera.
4- Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat
yg dirahsiakan. Manakala Tentera pula terus melakukan kekejaman dan
telah MEMUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan
para penyokong Morsi.
5- Berdasarkan apa yang sedang berlaku
ini maka Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang kesal dan mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir di bawah Presiden Haram Adly
Mansour yang menceroboh medan berhimpun kumpulan penyokong Dr Mursi di
Kaherah khususnya di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr.
6-
Mereka dikhabarkan mula digempur tentera semenjak pagi tadi selepas
rancangan serangan ke atas mereka Sabtu lalu ditangguhkan sebelum ini.
Sehingga ke saat ini, dilaporkan telah lebih 2000 orang rakyat Mesir
gugur syahid dan lebih 10,000 lagi cedera.
7- DPPNP menggesa
agar kepimpinan negara mengeluarkan kenyataan yang keras dan mengutuk
serangan tentera Mesir ini yang jelas bertentangan dengan prinsip
nilai-nilai kemanusiaan. Mesej perlu segera disampaikan melalui Kedutaan
Mesir di Malaysia bagi membuktikan kebersamaan negara Islam di seluruh
dunia dengan nasib yang sedang menimpa rakyat Mesir pada hari ini.
8- Sewajarnya semua pihak perlu sedar bahawa tragedi yang sedang
menimpa rakyat Mesir ialah tragedi kepada demokrasi. Kerajaan Morsi yang
digulingkan ditubuhkan melalui pilihanraya dan sewajarnya juga jika
ingin ditukar hanya melalui pilihanraya.
9- DPPNP menyarankan
agar seluruh umat Islam di Malaysia khususnya di Pahang mengadakan qunut
nazilah di dalam solat waktu serta solat hajat berterusan agar Allah
SWT memberikan penyelesaian yang terbaik terhadap konflik di Mesir.
10- Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir! Mengambil kesempatan
bulan Syawal di mana rata-rata umat Islam sedang mengerjakan ibadah
puasa enam, janganlah sekali-kali melupakan doa untuk rakyat Mesir yang
sedang berdepan dengan keganasan tentera negara mereka sendiri.
SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ KETUA PEMUDA PAS PAHANG
Apa daya kita yang jauh dari mereka..adakah kita hanya melihat berita tv atau baca berita diakbar atau dr Internet shj?
Apa yg berlaku hari ini kita yg dpat berita seperti ini, kita akan mengecam sekeras kerasnya..tp sekeras mana? Sekeras komen dlm fb shj..kenapa tidak ada kesepakatan tentera fisabilillah dari malaysia untuk pergi sama2 menentang kezaliman di mesir? Takut kot..atau salah disisi undang2 rakyat negara lain tidak boleh tolong negara yg dizalimi? Marikah kita tlg sgguh2 pada saudara seislam kita..kesian kita tgok..beribu mati hari ni..
Pemuda PAS Pahang Desak Kerajaan Malaysia Nyatakan Pendirian dan Kutuk Serangan di Mesir
1- Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4 petang tadi, apabila Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.
2- Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari kalangan kanak2, ibu2, & wanita2. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.
3- Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kawasan himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa Jurukamera juga turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.
4- Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan. Manakala Tentera pula terus melakukan kekejaman dan telah MEMUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.
5- Berdasarkan apa yang sedang berlaku ini maka Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir di bawah Presiden Haram Adly Mansour yang menceroboh medan berhimpun kumpulan penyokong Dr Mursi di Kaherah khususnya di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr.
6- Mereka dikhabarkan mula digempur tentera semenjak pagi tadi selepas rancangan serangan ke atas mereka Sabtu lalu ditangguhkan sebelum ini. Sehingga ke saat ini, dilaporkan telah lebih 2000 orang rakyat Mesir gugur syahid dan lebih 10,000 lagi cedera.
7- DPPNP menggesa agar kepimpinan negara mengeluarkan kenyataan yang keras dan mengutuk serangan tentera Mesir ini yang jelas bertentangan dengan prinsip nilai-nilai kemanusiaan. Mesej perlu segera disampaikan melalui Kedutaan Mesir di Malaysia bagi membuktikan kebersamaan negara Islam di seluruh dunia dengan nasib yang sedang menimpa rakyat Mesir pada hari ini.
8- Sewajarnya semua pihak perlu sedar bahawa tragedi yang sedang menimpa rakyat Mesir ialah tragedi kepada demokrasi. Kerajaan Morsi yang digulingkan ditubuhkan melalui pilihanraya dan sewajarnya juga jika ingin ditukar hanya melalui pilihanraya.
9- DPPNP menyarankan agar seluruh umat Islam di Malaysia khususnya di Pahang mengadakan qunut nazilah di dalam solat waktu serta solat hajat berterusan agar Allah SWT memberikan penyelesaian yang terbaik terhadap konflik di Mesir.
10- Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir! Mengambil kesempatan bulan Syawal di mana rata-rata umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa enam, janganlah sekali-kali melupakan doa untuk rakyat Mesir yang sedang berdepan dengan keganasan tentera negara mereka sendiri.
SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ KETUA PEMUDA PAS PAHANG
No comments:
Post a Comment