Wednesday, July 3, 2013

MORSI N MESIR


4.7.2013  aku memetik komen dan mencatitkan semua posting berkaitan Mesir di blog ini untuk di kongsi dan (inspirasi masa depan) dari  peristiwa penting kini ..  ISLAM TETAP MENANG DAN AKAN MENANG  .. 
(Walaupun mungkin kita tidak bersetuju,akan tetapi untuk menjelaskan keadaan dan sekurang-kurang membantu untuk bersangka baik dan beradab)

Teks Ucapan Al-Imam Al-Akbar,Syaikhul Azhar As-Syarif Fadhilatus Syaikh Ahmad At-Tayyib Hafizahullah

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rakyat Mesir yang dihormati,Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakaatuh,

Wa Ba'du.

Telah jelas dari persidangan (tadi) bahawa Mesir pada ketika ini berhadapan dengan dua pilihan, yang mana yang paling manis dari kedua pilihan tadi,ianya tetap pahit.

Dan antara dua perkara tadi,yang paling pahit antara keduanya adalah:

Pertembungan sesama warga Mesir,dan tumpahnya darah mereka yang bersih ke tanah.

Oleh yang demikian,dan juga atas dasar beramal dengan qanun Syariah Islamiah yang menyebut "mengambil kemudaratan yang lebih ringan dari dua mudharat,adalah wajib dari segi syarak"...

dan juga untuk keluar dari krisis politik yang sedang dihadapi oleh rakyat Mesir ketika ini antara golongan yang menyokong kerajaan dan juga pihak yang membangkang dari berterusannya pemerintahan kerajaan ini,

dan dalam keadaan kedua-dua pihak masing-masing berkeras dengan pandangan masing-masing,kedua-dua pihak tidak mahu berganjak dari pandangan mereka,

Atas semua perkara yang telah aku nyatakan tadi,

aku memilih untuk menyokong pandangan yang dibuat oleh semua pihak yang bersidang sebentar tadi : iaitu dijalankan Pilihanraya Presiden lebih awal yang mana seluruh rakyat Mesir akan dihakimi oleh peti undi yang akan bertanggungjawab ke atas ketelusannya oleh Para Hakim Negara Mesir,Angkatan Tenteranya dan Badan Keselamatan Mesir.

Aku berdoa memohon kepada Allah agar dengan pilihan,pendapat dan plan ini,Allah S.W.T akan memperbaiki dan mendamaikan antara dua kumpulan yang sedang bertelagah yang mana kedua-duanya hidup dalam tanahair yang satu,dan minum dari Nil yang sama.

Wassalamualaikum Warahmatullah"

**Dikongsikan status Ustaz Hasrizal [dengan sedikit suntingan]
Semasa tekanan pemberontak memuncak, Utsman bin 'Affan r.a. telah meminta pendapat Ibn 'Umar r.a.:

Utsman: Orang ramai mendesakku dengan berkata "letak jawatan atau kami akan membunuhmu!"

Ibn Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)?

Utsman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa manfaat dengan membunuhmu?

Utsman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka yang menentukan Syurga dan Neraka untukmu?

Utsman: Tidak

Ibn Umar: Maka janganlah sekali-kali engkau menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan buatmu. Atau nanti akan menjadi 'sunnah' (kebiasaan) kaum selepasmu setiap kali satu-satu kaum itu tidak menyukai khalifahnya, mereka memecatnya atau membunuhnya!

[Al-Bidayah wa al-Nihayah 4/198]

Bertahanlah wahai Presiden Morsi. Engkau menerima amanah kepimpinan itu secara sah. Maka janganlah engkau tunduk kepada tekanan perusuh munafiq itu!


No comments:

Post a Comment