8.7.2013 @ Isnin
[ Pengumuman Penting ]
Isnin | 08 Julai 2013 | 06.12 pagi
Perhatian!!
Kepada semua warga Malaysia yang berada di Mesir supaya mematuhi
pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Persekutuan Melayu Republik
Arab Mesir (PMRAM) dan Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah (KBMK).
Setakat ini keadaan penempatan para pelajar Malaysia di seluruh cawangan dalam keadaan selamat.
Disini terdapat beberapa maklumat tambahan yang telah ditetapkan bagi
mempertingkatkan langkah keselamatan masing-masing. Antaranya :
1. Tidak dibenarkan keluar pada waktu malam.
2. Pastikan berhati-hati dan sentiasa peka pada keadaan sekeliling.
3. TIDAK DIBENARKAN untuk keluar daripada muhafazah masing-masing.
4. Elakkan berkomunikasi dengan warga tempatan berkenaan dengan isu Mesir.
5. Jangan menghampiri dan menyertai perhimpunan samada daripada pihak penyokong mahupun pembangkang.
6. Sebarang kecemasan, sila hubungi Yang Dipertua (YDP) BKAN dan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) masing-masing.
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Ahad | 07 Julai 2013 | 12.27 malam
Setelah dekri dari (kerajaan sementara) yang diketuai oleh Adli Mansour
membubarkan Dewan Senat, maka anggota-anggota Dewan Senat telah
mengadakan persidangan mereka di atas pentas dataran Rabaah Adawiyyah.
Mereka bagaimanapun menganggap Dewan Senat masih sah dan dekri tersebut terbatal.
Dalam sidang tersebut, mereka mencapai keputusan:
1) Menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera dan mengiktiraf Dr.Muhammad Mursi sebagai Presiden yang sah.
2) Mengiktiraf Perlembagaan 2012 masih diterima pakai walaupun tentera menggantung perlembagaan ini buat sementara waktu.
3) Akan meneruskan persidangan esok, Ahad di tempat yang sama.
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Jutaan
rakyat mesir solat subuh di rabeah adawiyah, waktu di mesir sekarang
5:37 AM, mereka tidak akan berganjak selagi Morsi tidak dikembalikan
dari Presiden. Mereka terlalu yakin pertolongan hanya datang dari Allah,
inilah tarbiah gerakan ikhwan muslimin, Allahuakbar!!!
Menjelang Ramadhan al Mubarak kuffar dan secular barat dan timur meraikan 'kejayaan' mereka . Para pejuang menerima impian mereka .. ' Syahid cita cita murni kami ..' maka penuh rela keluarga si ibu dan isteri serta sanak saudara melepaskan mereka meneruskan jihad .. Di Mesir para pejuang meneruskan tuntutan agar sang Presiden yang di gulingkan di kembalikan di kedudukan yang di amanahkan secara mutlak dan 'bersih' oleh rakyat . Pihak secular yang di dukongi kuffar barat patut akur dengan tuntutan rakyat .
Mereka bukan fanatik Morsi tetapi bersama apa yang di bawa oleh Morsi dan Morsi tidak mengimpikan jawatan dan amanah itu hanya sekadar mahu menjadi sebahagian dari mereka yang menegakkan Islam dan hukum Allah tetapi beliau telah di pilih dan di amanahkan memmpin dan menjadi 'ikon' . Kalau bukan kerana Islam dan perintah Allah serta Rasul Nya para pejuang tidak mahu ' berdemo' , berkumpul hinga menumpahkan darah .. Namun telah i takdirkan pejuangan ini memerlukan pengorbanan ... Serah Islam berulang dan para syuhada menerangi jalan menuju kejayaan dan tertegakkan nya hukum Tuhan . Apakah kalian peduli ...
Usai solat subuh berguguran jiwa-jiwa Ikhwan menuju Syahid.
Anak Melayu pula dari subuh terus tidur tak bangkit-bangkit.
Bila datangnya rusuhan majoriti pelajar impikan tiket free.
Ops Piramid ramai sungguh pelajar Melayu menanti-nanti.
Kenapalah jiwa Melayu takut sangat pada mati?
Untuk apa kamu datang ke tanah Al-Banna dan Zainab Al-ghazali?
Lagi sedih bila situasi Mesir saat ini kamu langsung tak ambil peduli,
Sekalipun tak minat selidik, setidak-tidaknya tolonglah "share" atau kongsi.
Sabda Nabi SAW "Barangsiapa yang tidak mengambil peduli perihal umat Islam,
maka dia bukanlah di kalangan mereka"
Begini
lah mereka,para penyokong Dr Mursi,tidak berputus asa memberi sokongan
padu kepada Dr Mursi biarpun terpaksa bergadai nyawa kerana mereka mahu
pemerintahan islam,mereka mahu pemimpin
yang membela islam seperti Dr Mursi.. semoga Allah melindungi mereka dan
semoga mereka tidak putus asa,di kurniakan kekuatan hati ,iman,mental
dan fizikal... untuk terus berjuang.....
No comments:
Post a Comment