22.5.13 @ Khamis .. mari bersama . YB P088 mendekati rakyat dengan berbagai pendekatan dan aktiviti .. kuliah agama , ceramah umum , santai bersama anak muda / rakyat , mengunjungi ketua ketua jabatan dan kakitangan jabatan kerajaan di Temerloh , kunjungan kematian dan kemalangan di rumah dan hospital di samping akan memulakan tanggungjawab di Parlimen apabila di panggil , membawa isu rakyat dan agenda PR bagi menegur dan membantu kerajaan dalam proses mentadbir negara . Oleh keran PR masih tidak berkuasa di Putra Jaya maka PR berperanan mengimbangi pentadbiran ..sebagai mewakili suara rakyat @ mata telinga rakyat sedaya mungkin . Suara 'check and balance' amat di perlukan .. BN yang berkuasa perlu mendengar dan memberikan response terbaik bagi manfaat rakyat .
Peruntukan dan pembangunan yang di perlukan oleh rakyat memang di ketahui umum akan di kawal oleh kerajaan namun cadangan , keluhan dan suara rakyat perlu di sampaikan . Oleh itu rakyat perlu juga mengetahui apa yang di lakukan oleh YB maka majlis ceramah penerangan dari ,masa ke masa peru di adakan kerana pengusaan di media milik kerajaan boleh di katakan TIADA dan yang ada cuma fitnah dan 'menjatuhkan' atau laporan negatif . Akhbar milik parti dan bebas seperti Harakah dan Suara Keadilan dsb terlalu sedikit dan terhad untuk 'Ahli Sahaja' dan di terbitkan berkala .
Isu dan masalah masyarakat akan sentiasa di bawa kepada pihak berwajib dan bertangungjawab seperti pertemuan mahabbah dan kunjungan ke tempat kejadian . Program menggalakkan masyarakat juga di adakan untuk bersama membantu mereka yang tidak bernasib baik seperti program mengumpul dana Kebajikan 'Prhatin Rakyat ' .
Ahli PAS dan penyokong di pelawa menyertai program secara sukarela dan 'sedar' bahawa amal jariah akan menerima balasan sewajarnya dari Allah swt . Ini adalah penerusan perjuangan hingga Islam mampu di daulatkan dan memberi manfaat untuk semua . Teruskan sokongan anda ...
Sekian dulu .. 22.5.2013 @ 11.27 am ( waktu M'sia )





No comments:
Post a Comment