Sabtu | 06 Julai 2013 | 09.32 pagi
Semalam , bilangan penyokong Dr.Muhammad Mursi semakin bertambah. Para Ulamak Al-Azhar menjadi
benteng utama di bahagian hadapan. Mereka terus membantah dan menolak
rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar dan menuntut
Dr.Muhammad Mursi di kembalikan jawatannya selaku Presiden Mesir.
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
6.7.13
Nasrudin Hassan
Khabar Terkini dari Mesir
"Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau
melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir. Apa
sahaja perubahan boleh berlaku.
Tugas kita berdoa pada Allah
untuk saudara kita di sini. Kerana hari ini (Sabtu) genap 8 hari mereka
berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah
berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu
Ismail).
Jumlah mereka
meningkat berganda selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan
hari ini himpunan di lebih 20 kawasan seluruh Mesir berjumlah jutaan
manusia dengan kematian mencatat 30 orang.
12 orang sahaja di
Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup oleh samseng
terpelihara.Keadaan ini amat mengejutkan perampas kuasa.
Setelah dua hari ditamatkan siaran langsung semua channel di Dataran
Rubu'ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh himpunan
penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di Kaherah iaitu
Dataran Rabu'ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober dan Bangunan
Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini).
Bahkan saya temui lebih 10 Channel lain yang menyiarkan himpunan
penyokong Mursi secara langsung pada hari ini. Ia satu kepelikan setelah
semua media disekat membuat liputan himpunan Pro Mursi.
Kepelikan kedua ialah kemunculan pemimpin kanan Ikhwan di pentas Medan
Rubu'ah seperti Dr Muhammad Badi' (Mursyidul Am Ikhwan), Dr Isyam Rayyan
(Naib Presiden FJP) dan Al Baltaji (bekas ahli Parlimen Ikhwan) dalam
keadaan akhbar hari ini (jumaat) menyiarkan sekatan, tahanan dan cubaan
melarikan diri ke atas pemimpin tersebut. Dr Badi' diberitakan hendak
melarikan diri ke Libya dengan bantuan Ikhwan Libya. Tiba-tiba muncul
berucap di Rubu'ah.
Bohonglah akhbar-akhbar tersebut.Saya tidak mahu mengulas keberangkalian yang menyeronokkan.
Tetapi seorang sahabat dari Tanta memaklumkan tadi akhbar Washington
Post menyiarkan berita bertajuk, 'Rampasan Kuasa Yang Gagal' dengan
sub-title 'Tentera berunding kembali dengan Mursi'.
Wallahua'lam apakah benar atau tidak berita ini. Cuma boleh saya
katakan, keputusan tentera itu bukanlah suatu yang mudah untuk segera
selesai krisis ini kerana jutaan penyokong Mursi tidak berganjak malah
bertambah ramai menguasai dataran-dataran seluruh Mesir.
Para
ulama Al Azhar juga bertambah ramai keluar menyokong Dr Mursi dalam
keadaan Sheikhul Azhar bersama keputusan tentera. Apapun tugas penting
kita ialah terus bermunajat kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa.
*Penulis adalah bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS yang kini sedang berada di Mesir
No comments:
Post a Comment